Pusat urut kebal tawar perkhidmatan seks digempur lagi.

Biarpun permis tersebut diserbu berkali-kali pihak berkuasa dan tindakkan dikenakan, sindiket masih beroperasi seperti biasa.

Enam wanita warga Vietnam yang dipercayai dijadikan pekerja seks ditahan bersama seorang bapa ayam di pusat urut tersebut yang terletak di Petaling Jaya malam tadi.

Anggota Bahagian Anti-Maksiat D7, IPK Selangor turut merampas 19 keping kondom dan pelbagai peralatan seks di kaunter presmis tersebut.

Hasil siasatan awal mendapati sindiket berkenaan mampu mengaut keuntungan sehingga RM2,000 setiap hari.

Operasi yang bermula dari jam 10 malam itu berakhir sejam kemudian

Kesemua suspek dibawa ke IPD Petaling Jaya dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1) dan Seksyen 39B Akta Imigresen.