awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja syarikat pinjaman wang cedera terkena tembakan

Bernama
Bernama
17/08/2023
15:18 MYT
Pekerja syarikat pinjaman wang cedera terkena tembakan
Mazli berkata ketika sampai di lokasi kejadian, mangsa yang menaiki kereta Perodua Bezza didatangi dua kereta lain yang dipandu lelaki tidak kenali dan melepaskan tembakan secara tiba-tiba. - Gambar hiasan/Unsplash
BANDAR PERMAISURI: Seorang pekerja syarikat pinjaman wang cedera di bahagian belakang bahu kanan selepas terkena tembakan dalam satu kejadian di Kampung Rhu Sepuluh, Penarik, di Setiu dekat sini tengah hari tadi.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata kejadian berlaku pada 12.55 tengah hari ketika mangsa bersama dua rakan sekerjanya dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menuju ke Setiu untuk menemui pelanggan yang ingin meminjam wang.
Beliau berkata ketika sampai di lokasi kejadian, mangsa yang menaiki kereta Perodua Bezza didatangi dua kereta lain yang dipandu lelaki tidak kenali dan melepaskan tembakan secara tiba-tiba.
"Mangsa yang ketakutan melarikan diri sehingga keretanya terlanggar tiang lampu lalu terbabas dan terbalik di tepi jalan.
"Mangsa dan dua rakannya melarikan diri dengan memasuki kedai serbaneka di sebuah stesen minyak sebelum lari ke hutan," katanya ketika ditemui Balai Polis Penarik di sini hari ini.
Mazli berkata siasatan awal mendapati dua kereta dinaiki suspek yang bercermin gelap dan ditanggalkan nombor pendaftaran telah melarikan diri ke arah Besut.
Menurutnya siasatan menyeluruh akan dilakukan bagi mengenal pasti suspek dan motif kejadian, di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 serta Seksyen 307 Kanun Keseksaan
"Kami harap mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu dan suspek boleh menghubungi balai polis terdekat bagi membantu siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#motif kejadian
#Kedai Serbaneka
#siasatan menyeluruh
#nombor pendaftaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan