IPOH: Seorang pekerja sebuah tapak pembinaan pangsapuri di daerah Kinta maut selepas terjatuh dari platform perancah yang runtuh di sini pada Rabu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11.20 pagi itu menyebabkan mangsa, Md Zamir Uddin, 33, warganegara Bangladesh mengalami parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak, Supian Alias berkata, hasil siasatan awal yang dijalankan, mangsa sedang menjalankan kerja plaster dinding di tingkat tujuh blok pangsapuri yang sedang dalam pembinaan itu.
Menurutnya, ketika kejadian terdapat aktiviti mengangkat dan memindahkan palet yang mengandungi 80 beg ‘skim coat finishing’ seberat dua tan menggunakan kren menara untuk diletakkan di atas platform perancah.
"Semasa meletakkan palet di atas platform perancah, mangsa telah keluar melalui tingkap di tingkat tujuh bagi menguruskan ‘skim coat finishing’ yang diangkat oleh kren menara untuk dibawa masuk ke dalam melalui tingkap itu bagi kegunaan kerja plaster.
"Bagaimanapun sebahagian struktur platform perancah itu runtuh menyebabkan mangsa berada di atas platform tersebut telah terjatuh ke permukaan lantai di tingkat tiga," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Supian berkata, susulan itu, pihaknya telah mengeluarkan enam notis larangan kepada pihak majikan dan aktiviti kerja diarahkan supaya dihentikan serta-merta sehingga notis dipatuhi.
Menurutnya, JKKP Perak akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
"Majikan bertanggungjawab untuk mengenal pasti terlebih dahulu bahaya-bahaya di tempat kerja, membuat analisis risiko dan seterusnya mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja. Ini bagi mengurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja dan mengelakkan berlakunya kemalangan.
"Kejadian seumpama ini boleh dielakkan jika majikan melaksanakan penaksiran dan kawalan risiko yang komprehensif mengikut kaedah yang dinyatakan dalam Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC)," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, JKKP memandang serius setiap kemalangan melibatkan pekerja mahupun orang awam kerana majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 10 2022
Sepasukan pegawai penyiasat JKKP Perak menjalankan siasatan ke lokasi kejadian dan mengarahkan majikan menghentikan sebarang kerja-kerja pembinaan serta merta sehingga notis dipatuhi. -Foto Sinar Harian
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
Pekerja tapak binaan maut jatuh dari tingkat 7
Kejadian berlaku kira-kira jam 11.20 pagi itu menyebabkan mangsa, Md Zamir Uddin, 33, warganegara Bangladesh mengalami parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.