[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Pekerja warga Thailand maut diserang gajah

Astro Awani 23/06/2021 | 08:14 MYT
Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi Rabu itu telah menyebabkan mangsa Anucha Tangsakun yang berusia 38 tahun maut ditempat kejadian. - Foto Astro AWANI
KUALA BERANG: Seorang penjaga gajah warga Thailand maut dipercayai diserang gajah semasa melakukan kerja-kerja pembersihan di Perkampungan Konservasi Gajah, Kenyir pada Rabu.
Gajah berkenaan dikatakan menyerang mangsa dengan menusuk gading kebahagian perut dan paha kiri mangsa.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi Rabu itu telah menyebabkan mangsa Anucha Tangsakun yang berusia 38 tahun maut ditempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan daripada pengawal keselamatan di santuari tersebut memaklumkan salah seorang pekerja telah diserang gajah ketika mengurus rutin pembersihan dan makan.
Katanya, sejurus menerima laporan sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan sebaik tiba di sana, mangsa sudah terbaring dan tidak bernyawa di kawasan lapang tempat gajah diikat.
Jelasnya, hasil pemeriksaan lanjut pihaknya menemui kesan terbelah di perut dan luka di paha mangsa.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk proses bedah siasat dan saringan COVID-19.
#gajah #Anucha Tangsakun #Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu #COVID-19 #diserang gajah