awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelabuhan Pulau Carey mampu tawar perkhidmatan lebih baik - MB

Sinar Harian
Sinar Harian
05/03/2024
07:49 MYT
Pelabuhan Pulau Carey mampu tawar perkhidmatan lebih baik - MB
Amirudin memaklumkan, negeri Selangor mempunyai Pelabuhan Klang yang merupakan pelabuhan ke 12 tersibuk di dunia. - Gambar fail
SHAH ALAM: Pembangunan Pelabuhan Pulau Carey adalah satu rancangan strategik agar Selangor terus menjadi lokasi tumpuan aktiviti ekonomi di Malaysia.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan, negeri Selangor mempunyai Pelabuhan Klang yang merupakan pelabuhan ke 12 tersibuk di dunia.
Jelasnya, dengan adanya Pelabuhan Pulau Carey, kerajaan negeri akan terus mencipta limpahan kemakmuran untuk manfaat rakyat.
"Sebenarnya hasrat kepada Pelabuhan Pulau Carey itu sememangnya menjadi hasrat kerajaan Persekutuan daripada dulu sampai sekarang kerana kita perlu bersaing dengan persaingan persaingan serantau.
"Negara negara jiran kita sedang galak untuk membuat 'reclaiming' dan proses itu sendiri sebenarnya akan memberikan ancaman kepada keutuhan pelabuhan di Malaysia ataupun yang disebut sebagai Pelabuhan Klang.
"Juga (faktor) kemampuan Pelabuhan Klang untuk menyambut sasaran dan pergerakan kontena ataupun pergerakan pelaburan-pelaburan di seluruh dunia," katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya.
Menteri Besar berkata, sehubungan itu kerajaan negeri tidak boleh membiarkan Malaysia tertinggal dengan hanya bergantung kepada Westport atau Northport sahaja.
Ujarnya, pelabuhan ketiga sememangnya telah dikaji dan juga di ilhamkan semenjak dari 2014 dan 2015.
"Sebab itu antara pembangun atau penelitian kita dalam syarikat perlu dipertanggungjawabkan adalah syarikat mempunyai networking serantau sama ada dengan China atau Eropah.
"Syarikat-syarikat tersebut seharusnya mempunyai pengalaman dan mempunyai networking tersebut supaya dapat menarik pelaburan-pelaburan itu atau menarik pergerakan barangan-barangan dihantar melalui pelabuhan itu sampai," ujarnya lagi.
Sehubungan itu juga, beliau berkata, sudah pasti pihak Kementerian Pengangkutan atau Lembaga Pelabuhan Klang mempunyai penilaiannya dan 'expansion of eksport ' sebenarnya tidak mencukupi.
"Ini kerana bagi mereka di masa depan kita memerlukan kawasan pelabuhan besar dan mempunyai rangkaian tersendiri daripada Pulau Carey ke Northport sebenarnya keluasan kawasan pelabuhan di Selangor ini akan mencecah dengan keluasan seperti Singapura.
"Dengan saiz sebesar itu sebenarnya kita akan mampu menawarkan perkhidmatan yang jauh lebih baik dan memastikan kita terus premium dari segi perkhidmatan perlabuhan ini," tambahnya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pulau Carey
#Amirudin Shari
#Menteri Besar Selangor
#pelabuhan strategik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan