MALAYSIA
Pelaburan asing: Pertingkat ekonomi setempat, jadikan Sabah destinasi global
Kata Phoong, pelaburan SBH Kibing Solar New Energy membuktikan Sabah berada di landasan yang betul.
KUALA LUMPUR: Pelaburan asing berskala besar di Sabah bakal mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, khususnya dalam sektor berkemahiran tinggi.
Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe berkata, lebih separuh daripada peluang pekerjaan itu kini disediakan kepada anak-anak Sabah, dengan sasaran 90 peratus dalam tempoh dua tahun.
Mengambil contoh pelaburan yang dibuat oleh syarikat yang berpangkalan di China, SBH Kibing Solar New Energy, ia membuktikan pelaburan di Sabah berada di landasan yang betul.
“Pelaburan asing berskala besar seperti ini, satu, adalah untuk mewujudkan peluang pekerjaan. Pekerjaan itu tertumpu pada pekerjaan berkemahiran sederhana dan tinggi. Setakat ini sudah lebih separuh peluang pekerjaan berkemahiran tinggi diberikan pada anak-anak Sabah.
“Ini akan membolehkan pemindahan teknologi; anak-anak Sabah akan diberi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi berkenaan pembuatan kaca solar.
“Sebelum ini industri di Sabah tak ada yang berskala besar dan tidak berteknologi tinggi seperti ini. Ini menunjukkan pelaburan akan membawa masuk bukan saja peluang pekerjaan tapi lebih penting limpahan ekonomi,” katanya ketika muncul dalam program Agenda Sabah+, pada Isnin.
Kementerian, katanya, telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyelaraskan pelaburan asing di Sabah, menghimpunkan semua agensi berkaitan untuk memudahkan pelaburan tersebut.
“Sabah lokasi yang strategik, kita berada di tengah-tengah rantau ASEAN. Ini peluang untuk kita cuba menjayakan pelaburan di Sabah, jadi kementerian saya telah menubuhkan jawatankuasa untuk menyelaras pelaburan asing, di mana kita akan bawa semua agensi berkaitan duduk bersama untuk memudahcarakan pelaburan,” jelasnya.
Katanya, pada tahun lalu, jawatankuasa itu dikembangkan bukan saja untuk pelaburan asing tetapi juga pelaburan tempatan, bagi meraikan bukan saja pelaburan asing tetapi juga kejayaan pelaburan tempatan.
Tambahnya lagi, Sabah mempunyai kelebihan dari segi sumber asli yang berkaitan dengan industri hijau, antaranya pasir silika yang boleh diproses menjadi kaca solar.
Ini merupakan komponen penting untuk dijadikan panel solar yang sangat penting dalam dunia hari ini, terutama dalam aspek peralihan tenaga, sekali gus boleh menjadikan Sabah destinasi industri hijau.
“Sabah mempunyai kapasiti untuk membina kaca solar yang boleh dikembangkan menjadi satu rantaian bekalan solar panel. Ini satu keunikan dan saya sedang berusaha untuk membangunkannya.
“Dengan adanya kapasiti dan kemampuan untuk membuat solar panel dengan pasir silika yang kita ada, ia akan mewujudkan satu rantaian dan ekosistem yang lengkap yang akan membantu peralihan tenaga untuk Sabah,” katanya lagi.