MALAYSIA
Pelaburan Khazanah bersama China bagi unsur nadir bumi perlu dipercepatkan - PM Anwar
Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menyuarakan saranan itu kepada Perdana Menteri China, Li Qiang. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan supaya pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) bersama-sama China dalam pembangunan unsur nadir bumi (REE) dipercepatkan untuk memanfaatkan potensi dalam sektor strategik itu.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menyuarakan saranan itu kepada Perdana Menteri China, Li Qiang.
"Dengan Perdana Menteri Li Qiang saya mengusulkan supaya pelaburan China bersama Khazanah mengenai nadir bumi itu dipercepatkan," kata beliau ketika Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan tambahan Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN-Kuala Terengganu) mengenai sama ada kerajaan mahu mempertimbangkan dasar yang lebih agresif bagi membolehkan semakan dilakukan terhadap unjuran pertumbuhan ekonomi wilayah dalam Rancangan Malaysia Ke-13 bagi memastikan tiada jurang antara wilayah.
Media sebelum ini melaporkan REE adalah antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan dua hala antara Anwar dan Li Qiang dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.
Agensi berita antarabangsa Reuters sebelum ini juga melaporkan Malaysia dan China dalam perbincangan awal melibatkan sebuah projek pemprosesan REE, dan Khazanah dijangka menjalinkan kerjasama dengan sebuah firma milik kerajaan China bagi membina loji penapisan di Malaysia.
Pada 6 Oktober lepas, Pengarah Urusan KhazanahDatuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata Khazanah, seiring kapasitinya sebagai sebuah dana kekayaan negara, sentiasa melakukan penyelidikan berkaitan potensi peluang dalam pelbagai sektor untuk memajukan agenda ekonomi negara.
"Kami menyedari mengenai perbincangan kerajaan dengan kerajaan (G2G) bersama-sama China membabitkan REE dan kami sentiasa bersedia menyokong usaha kerajaan untuk meneroka dan memahami sektor baharu dan strategik, termasuk REE, bagi menjamin masa depan ekonomi Malaysia," katanya kepada Bernama di luar Forum Megatrends Khazanah 2025.
Pada 27 Ogos 2025, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjelaskan kerajaan komited untuk membangunkan dan menarik pelabur berpotensi bagi mengukuhkan aktiviti pengeluaran di sepanjang rantaian bekalan REE Malaysia.
Malaysia dianggarkan mempunyai sebanyak 16.1 juta tan REE bukan radioaktif dengan nilai pasaran mencecah RM809.6 bilion.
Sementara itu, Anwar berkata rundingan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) yang dimeterai baru-baru ini yang turut melibatkan REE dan tidak bermakna perkara itu hanya khusus kepada AS sahaja.
"Ada orang anggap perdagangan itu menyekat REE, dan hanya untuk AS...itu tidak betul sebab dalam rundingan dua minggu lepas di Korea Selatan, kita berikan ruang kepada JS Link bagi REE tambahan "super magnet" di Pahang," katanya.
Pada Julai tahun ini, Lynas Rare Earths Ltd memaklumkan pihaknya telah menandatangani persetujuan awal dengan JS Link untuk membangunkan kemudahan pengeluaran magnet kekal REE di Malaysia.
Mengikut memorandum persefahaman itu, Lynas akan bekerjasama dengan JS Link bagi membangunkan kemudahan untuk menghasilkan sehingga 3,000 tan jenis magnet sinter kekal neodymium-besi-boron berhampiran loji bahan termaju syarikat itu di Kuantan, Pahang.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa pelaburan Khazanah bersama China dalam pembangunan unsur nadir bumi (REE) dipercepatkan, menyuarakan cadangan ini kepada Perdana Menteri China, Li Qiang.
- Media melaporkan bahawa Malaysia dan China sedang berunding mengenai projek pemprosesan REE, di mana Khazanah dijangka menjalinkan kerjasama dengan firma milik kerajaan China untuk membina loji penapisan di Malaysia.
- Kementerian MITI menegaskan komitmen kerajaan untuk membangunkan sektor REE Malaysia dengan nilai pasaran RM809.6 bilion serta menjelaskan rundingan ART Malaysia-AS baru-baru ini yang melibatkan REE bukan hanya terbatas kepada AS sahaja.
Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menyuarakan saranan itu kepada Perdana Menteri China, Li Qiang.
"Dengan Perdana Menteri Li Qiang saya mengusulkan supaya pelaburan China bersama Khazanah mengenai nadir bumi itu dipercepatkan," kata beliau ketika Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan tambahan Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN-Kuala Terengganu) mengenai sama ada kerajaan mahu mempertimbangkan dasar yang lebih agresif bagi membolehkan semakan dilakukan terhadap unjuran pertumbuhan ekonomi wilayah dalam Rancangan Malaysia Ke-13 bagi memastikan tiada jurang antara wilayah.
Media sebelum ini melaporkan REE adalah antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan dua hala antara Anwar dan Li Qiang dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.
Agensi berita antarabangsa Reuters sebelum ini juga melaporkan Malaysia dan China dalam perbincangan awal melibatkan sebuah projek pemprosesan REE, dan Khazanah dijangka menjalinkan kerjasama dengan sebuah firma milik kerajaan China bagi membina loji penapisan di Malaysia.
Pada 6 Oktober lepas, Pengarah Urusan KhazanahDatuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata Khazanah, seiring kapasitinya sebagai sebuah dana kekayaan negara, sentiasa melakukan penyelidikan berkaitan potensi peluang dalam pelbagai sektor untuk memajukan agenda ekonomi negara.
"Kami menyedari mengenai perbincangan kerajaan dengan kerajaan (G2G) bersama-sama China membabitkan REE dan kami sentiasa bersedia menyokong usaha kerajaan untuk meneroka dan memahami sektor baharu dan strategik, termasuk REE, bagi menjamin masa depan ekonomi Malaysia," katanya kepada Bernama di luar Forum Megatrends Khazanah 2025.
Pada 27 Ogos 2025, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjelaskan kerajaan komited untuk membangunkan dan menarik pelabur berpotensi bagi mengukuhkan aktiviti pengeluaran di sepanjang rantaian bekalan REE Malaysia.
Malaysia dianggarkan mempunyai sebanyak 16.1 juta tan REE bukan radioaktif dengan nilai pasaran mencecah RM809.6 bilion.
Sementara itu, Anwar berkata rundingan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) yang dimeterai baru-baru ini yang turut melibatkan REE dan tidak bermakna perkara itu hanya khusus kepada AS sahaja.
"Ada orang anggap perdagangan itu menyekat REE, dan hanya untuk AS...itu tidak betul sebab dalam rundingan dua minggu lepas di Korea Selatan, kita berikan ruang kepada JS Link bagi REE tambahan "super magnet" di Pahang," katanya.
Pada Julai tahun ini, Lynas Rare Earths Ltd memaklumkan pihaknya telah menandatangani persetujuan awal dengan JS Link untuk membangunkan kemudahan pengeluaran magnet kekal REE di Malaysia.
Mengikut memorandum persefahaman itu, Lynas akan bekerjasama dengan JS Link bagi membangunkan kemudahan untuk menghasilkan sehingga 3,000 tan jenis magnet sinter kekal neodymium-besi-boron berhampiran loji bahan termaju syarikat itu di Kuantan, Pahang.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah cadangan yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan dengan pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) bersama China?
A: Beliau mencadangkan agar pelaburan Khazanah bersama China dalam pembangunan unsur nadir bumi (REE) dipercepatkan untuk memanfaatkan potensi dalam sektor strategik. - Q: Apa yang diumumkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkaitan dengan REE Malaysia?
A: MITI mengumumkan komitmen kerajaan untuk membangunkan dan menarik pelabur berpotensi bagi mengukuhkan aktiviti pengeluaran di sepanjang rantaian bekalan REE Malaysia. - Q: Berapakah nilai pasaran REE bukan radioaktif di Malaysia dan kandungan artikel mengenai perkara ini?
A: Malaysia mempunyai sebanyak 16.1 juta tan REE bukan radioaktif dengan nilai pasaran mencecah RM809.6 bilion, seperti yang dilaporkan dalam artikel.