KEPUTUSAN kerajaan untuk memperkenalkan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di semua sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) telah mencetuskan perdebatan hangat antara kaum di Malaysia sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak.

Selain itu, insiden pergaduhan di antara dua pemandu daripada kaum yang berbeza di lebuh raya hingga membawa kepada kematian salah seorang daripada mereka.

Insiden yang berlaku sepatutnya tidak perlu melibatkan unsur perkauman kerana ia berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri.

Walau bagaimanapun, sikap rasis segelintir individu tertentu telah membawa kepada pertelingkahan di media sosial.

Perdebatan mengenai tulisan khat dan kemudiannya disusuli dengan insiden kemalangan membuktikan nilai bersatu padu dalam kalangan rakyat Malaysia masih perlu diperkukuh dari semasa ke semasa terutama dalam kalangan generasi muda.

Berdasarkan kajian, antara punca berlakunya isu perpaduan adalah disebabkan oleh wujudnya jurang pendapatan yang ketara.

Isu perpaduan kaum boleh dikurangkan ke tahap paling minimum sekiranya jurang pendapatan antara kaum dapat dikecilkan. Jurang pendapatan ini boleh dikecilkan melalui penciptaan kekayaan.

Sebagai ahli ekonomi dan pakar pelaburan saham, saya terpanggil untuk berkongsi ilmu dan pengalaman lebih daripada 23 tahun dalam bidang pelaburan saham yang terbukti membantu mengubah hidup ribuan rakyat Malaysia.

Sekiranya ilmu pelaburan saham yang betul diambil, digunakan secara betul dan dididik oleh guru yang betul, saya yakin dan percaya ia akan dapat mengurangkan jurang pendapatan rakyat Malaysia dan seterusnya membantu menyatupadukan rakyat Malaysia.

Jurang pendapatan punca rasisme

Hakikatnya, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan masalah perkauman dan setiap punca perlu diatasi secara bijak dan berhati-hati demi menjaga kepentingan semua pihak dan keharmonian negara tercinta.

Setiap kali bercakap mengenai masalah perpaduan kaum di Malaysia, antara idea popular yang sering diketengahkan untuk menangani isu ini adalah keperluan untuk memupuk sikap tolak ansur antara satu sama lain melalui pelbagai bentuk program dan aktiviti.

Selain itu, idea popular lain ialah melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan rakyat pelbagai kaum dapat berinteraksi dan mengenali satu sama lain sejak di bangku sekolah.

Malaysia merupakan antara negara yang pernah melalui pelbagai cabaran dalam menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.

Ternyata jurang perbezaan ekonomi antara kaum asas penting yang perlu diberikan perhatian secara serius oleh semua pihak.

Tindakan proaktif pihak kerajaan dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru sedikit sebanyak telah membantu membasmi kemiskinan dan merapatkan jurang ekonomi antara kaum di Malaysia.

Hal ini dilaksanakan dengan memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat bagi menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Pada masa ini, dasar ini boleh dikatakan berjaya mengeluarkan majoriti orang Melayu daripada kepompong kemiskinan tetapi malangnya, ia tidak mencapai matlamat sepenuhnya untuk melihat setiap kaum di Malaysia duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dari segi ekonomi.


Yang kaya semakin kaya kerana pandai melabur

Masalah ini tidak hanya berlaku kepada Malaysia sahaja kerana di Afrika Selatan, selepas 25 tahun Dasar Aparteid dimansuhkan, negara itu masih mempunyai dua kelompok penduduk, iaitu orang kulit putih berada dalam kalangan golongan kaya dan orang kulit hitam berada dalam kalangan golongan miskin.

Walaupun golongan kulit putih hanya merupakan kaum minoriti di Afrika Selatan, iaitu sekitar 9 peratus daripada jumlah penduduk, tetapi mereka masih menguasai ekonomi kerana dasar yang diamalkan di bawah rejim aparteid menyebabkan mereka masih mewarisi kekayaan dan meletakkan mereka 10 langkah ke hadapan berbanding dengan golongan kulit hitam.

Di Malaysia pula, ekonomi kaum Cina boleh dikatakan lebih maju berbanding dengan kaum lain di Malaysia.

Perbezaan kaum mengikut geografi masih wujud walaupun kadar peratusannya semakin berkurang. Hal ini menunjukkan interaksi antara kaum memainkan peranan yang sangat penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi.

Secara umumnya, sekiranya sesebuah isi rumah mempunyai pendapatan lebih tinggi, mereka akan cenderung untuk menetap di sebuah kawasan perumahan elit dan menghantar anak mereka ke sekolah atau universiti yang lebih baik.

Kekayaan isi rumah akan memberikannya akses kepada banyak perkara lain yang tidak dapat dinikmati oleh isi rumah berpendapatan rendah termasuk pekerjaan yang lebih berkualiti kerana pendidikan yang diterima lebih baik.

Pada masa ini, kaum Cina masih lagi dikenali sebagai golongan peniaga dan golongan kaya walaupun ramai orang Melayu telah menceburi bidang perniagaan dan berjaya menjadi peniaga yang hebat.

Selain itu, kaum Cina juga antara kaum yang paling ramai terlibat dalam pelbagai jenis pelaburan yang telah menggandakan wang mereka terutama dalam pelaburan hartanah dan saham.

Pada tahun 2015, satu laporan berkaitan dengan hartanah menyatakan bahawa pemilikan hartanah oleh Bumiputera hanya berada dalam lingkungan 39.5 peratus berbanding dengan bukan Bumiputera, iaitu sekitar 53.4 peratus sedangkan dari segi komposisi penduduk Malaysia, Bumiputera merupakan penduduk majoriti.

Antara punca berlakunya situasi ini adalah golongan Bumiputera cenderung membeli hartanah untuk didiami sendiri, manakala bukan Bumiputera membeli hartanah untuk pelaburan.

Selain itu, statistik yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia menunjukkan sehingga Julai 2018, terdapat sebanyak 2.5 juta akaun CDS yang telah dibuka di Malaysia. Akaun CDS diperlukan untuk membeli saham di bursa saham.

Daripada jumlah itu, hanya 900,000 pemilik akaun merupakan Bumiputera manakala 1.6 juta pemilik akaun adalah bukan Bumiputera. Jika dibandingkan dengan jumlah penduduk Bumiputera yang merupakan majoriti di negara ini, ternyata bukan Bumiputera mempunyai minat dan pengetahuan yang lebih mendalam dalam pelaburan saham.


Pelaburan beri kesan kepada jurang pendapatan

Sebagai ahli ekonomi, pakar pelaburan saham nombor 1 Malaysia dan pengurus wang bertauliah, saya telah menempuh pelbagai onak dan duri dalam dunia kewangan dan pelaburan saham selama lebih 23 tahun.

Hasilnya saya berjaya melahirkan ribuan pelabur berjaya daripada seminar serta program pelaburan yang dikendalikan sendiri yang telah dihadiri ribuan peserta daripada pelbagai latar belakang, kaum, umur dan pendapatan dari seluruh pelosok negara juga negara serantau seperti Brunei Darussalam, Singapura dan Indonesia.

Dalam seminar dan program tersebut, saya telah melihat dengan mata sendiri semangat kaum Cina mempunyai minat yang sangat tinggi terhadap ilmu pelaburan saham dan hal ini selaras dengan statistik yang dinyatakan sebelum ini.

Matlamat mereka adalah untuk mengumpul sebanyak mungkin kekayaan. Kaum Cina yang telah kaya menjadi semakin kaya kerana minat mereka dalam pelaburan dan hal ini telah menambahkan jurang pendapatan antara kaum di Malaysia.

Bagaimana kaum Melayu boleh mengejar kekayaan kaum Cina?

Walaupun statistik dalam kalangan Bumiputera masih rendah tetapi kesedaran kaum Melayu terhadap ilmu pelaburan saham dilihat semakin hari semakin berkembang.

Ada satu pendekatan tidak ortodoks yang perlu dicuba, iaitu menggalakkan orang Melayu mencipta kekayaan dalam masa yang singkat melalui pelbagai jenis pelaburan.

Pilihan yang paling tepat adalah melabur dalam pasaran saham kerana ia boleh memberikan kekayaan luar biasa dalam tempoh singkat.

Baru-baru ini penasihat ekonomi kerajaan, Tun Daim Zainuddin berkata pendidikan di Malaysia gagal memperkenalkan kurikulum yang selari dengan peredaran zaman terutama berkaitan dengan teknologi.

Sehubungan dengan itu, saya berpandangan, selain pendidikan teknologi, sistem pendidikan juga perlu menerapkan pelajar dengan pengetahuan berkaitan dengan kewangan dan pelaburan pada usia muda.

Apabila lebih ramai Bumiputera berjaya mencipta kekayaan melalui pelaburan saham seawal mereka mula bekerja, mereka akan mempunyai kemampuan untuk bersaing dengan semua kaum di Malaysia.

Mereka juga akan mampu untuk membeli rumah di kawasan elit yang turut didiami kaum lain yang berduit, menghantar anak ke sekolah yang sama.

Hakikatnya, teknologi telah membuka banyak pintu untuk sesiapa sahaja bersedia dan berani melangkah masuk ke dalam dunia pelaburan saham dengan ilmu yang betul dan guru yang tepat.

Modal yang diperlukan hanyalah ilmu, akses Internet dan sedikit wang.

Pelaburan saham adalah perniagaan yang mampu mengubah hidup sesiapa sahaja tanpa mengira status, kaum, agama atau jawatan.

Berikan peluang kepada diri anda untuk dibimbing oleh Pakar Pelaburan Saham Nombor 1 Malaysia.

Ubah hidup diri dan keluarga anda dengan memulakan tindakan dengan menggandakan wang anda dengan membeli saham gergasi dunia yang mampu naik 10 kali ganda dalam beberapa tahun.

Anda juga mampu menjana pendapatan geli-geli dengan saham hebat dunia pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan modal yang rendah secara selamat, patuh syariah dan sah di sisi undang-undang.

Bagaimana? Layari www.menangsaham.com dan anda bakal ketahui bahawa inilah peluang yang anda cari selama ini untuk mengubah hidup.

Di seminar inilah anda akan didedahkan dengan 70,000 saham patuh syariah di dunia terutama saham 100 BAGGERS dan MONSTER STOCK seperti Amazon, Facebook, Tesla, Google, Adidas, BMW, Ferrari, Nike dan Apple yang meningkat 1000 peratus dalam 10 tahun yang bakal meletup dan bakal menjunam menggunakan carta mudah selama tiga puluh minit sehari.

Jangan lupa untuk menonton dan terus menyokong rancangan Talk Show Menang Saham Bersama DDNK musim ke-2 pada setiap Isnin tepat jam 9.00 malam hanya di ASTRO AWANI Saluran 501.



* Datuk Dr Nazri Khan (DDNK) adalah hos Program Menang Saham Bersama DDNK yang disiarkan Astro AWANI dan merupakan pemerhati prestasi saham tempatan dan antarabangsa.

** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.