NATIONAL
Pelaburan tidak wujud: Ahli perniagaan lesap RM5.3 juta terperdaya ‘Ms Ng’
Hussein Omar Khan berkata, siasatan awal mendapati sindiket terbabit menggunakan modus operandi dengan menyiarkan iklan pelaburan dikenali sebagai Primus Pacific Partners. - Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan berusia 67 tahun kerugian RM5.3 juta selepas terperdaya dengan skim pelaburan yang dipromosikan menerusi iklan di aplikasi Google.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan awal mendapati sindiket terbabit menggunakan modus operandi dengan menyiarkan iklan pelaburan dikenali sebagai Primus Pacific Partners.
Menurutnya, mangsa yang tertarik dengan tawaran tersebut telah menekan pautan iklan yang kemudiannya mengarahkan ke aplikasi WhatsApp.
"Melalui aplikasi itu, mangsa telah dihubungi oleh seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai 'Ms Ng', kononnya seorang tenaga pengajar pelaburan tersebut.
"Mangsa kemudian dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp dan diberi penerangan lanjut berhubung pelaburan yang ditawarkan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Hussein menambah, mangsa dilaporkan hanya mengikuti sesi pelaburan itu selama seminggu sebelum diarahkan mendaftar sebagai pelabur baharu di laman sesawang primus-pacific-partners.biz.
"Pada peringkat awal, mangsa menerima pulangan pelaburan sebanyak RM24,300 yang menimbulkan keyakinan dan mendorongnya untuk melabur lebih banyak.
"Bermula dari situ, mangsa membuat 13 transaksi kemasukan wang berjumlah RM5.3 juta ke dalam tiga akaun bank berbeza," jelasnya.
Namun, selepas semua transaksi dilakukan, kata beliau, mangsa mula curiga apabila diminta membayar pelbagai jenis cukai dan bayaran tambahan untuk mengeluarkan keuntungan. Menyedari dirinya ditipu, mangsa membuat laporan polis di Shah Alam.
Susulan laporan itu, Hussein memberitahu, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu.
Pada masa sama sama, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan tidak munasabah, terutamanya melalui aplikasi atau platform yang tidak diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM) atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
"Sekiranya menerima sebarang panggilan mencurigakan atau ingin membuat semakan, orang ramai boleh menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 untuk mendapatkan nasihat dan membuat laporan," tambah beliau.