Pelajar yang mempunyai masalah disiplin perlu dididik menggunakan pendekatan psikologi dan bukan bertindak menggunakan kekerasan terhadap pelajar terbabit, kata Pengerusi Persatuan Kaunseling Sabah Mohd Syam Mohd Muksan.
Beliau berkata justeru, guru yang berhadapan dengan pelajar yang bermasalah perlu bijak menangani perkara itu dengan merujuk pelajar berkenaan kepada guru kaunseling sekolah.
"Merujuk kepada kaunseling bukan untuk menyelesaikan masalah pelajar tersebut tetapi membantu mendidik dan membimbing pelajar supaya bertanggungjawab terhadap segala tindakan yang dilakukannya serta dapat berhadapan dengan masalah dirinya melalui formula hasil kaunseling," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden seorang murid lelaki tahun dua yang cedera di kepala sehingga menerima lapan jahitan selepas terkena kerusi kayu yang dibaling guru di sebuah sekolah di Penampang, Kota Kinabalu baru-baru ini.
Guru terbabit dilaporkan ingin membaling kerusi kepada seorang pelajar lain kerana membuat bising di dalam kelasnya dan pelajar itu tidak mengendahkan arahannya serta melarikan diri ketika dihampiri, berikutan itu guru berkenaan membaling kerusi namun terkena kepada mangsa.
"Tegas kepada pelajar perlu namun tindakan sehingga mendatangkan kecederaan pelajar itu adalah tidak wajar dan sebab itu pendekatan memberi kaunseling itu paling sesuai," kata Mohd Syam.
Dalam pada itu, beliau turut menyarankan supaya guru besar dan pengetua sekolah yang mengesan guru yang memiliki prestasi tidak baik seperti jarang datang ke sekolah, tidak masuk kelas dan gagal menggalas kerja yang diberikan agar dirujuk kepada pegawai kaunseling di Unit Keutuhan dan Psikologi Kaunseling di Jabatan Pelajaran.
"Pengetua dan guru besar boleh memanggil mereka dahulu untuk mendengar permasalahan mereka dan memberi nasihat tetapi sekiranya guru-guru ini masih bermasalah boleh dirujuk kepada pegawai kaunseling yang turut ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)," katanya lagi.
Menurutnya khidmat kaunseling kepada guru itu penting kerana guru juga tidak terlepas daripada gangguan emosi yang mungkin datang daripada faktor luar sehingga menjejaskan prestasi kerja dan menyebabkan tindakan diambil mereka terhadap pelajar berada di luar kawalan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 24 2017
Guru yang berhadapan dengan pelajar yang bermasalah perlu bijak menangani perkara itu dengan merujuk pelajar berkenaan kepada guru kaunseling sekolah. - Gambar hiasan
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Hayati Ramadan dengan disiplin dan adab, tegas hindari kecurangan - PM Anwar
Jadikan awal Ramadan kesempatan kita bermunajat dan meningkatkan amal serta tercapai darjat takwa.
79 warga PDRM Terengganu terlibat salah laku, disiplin tahun lepas
Libatkan 16 kesalahan jenayah, salah laku (47), narkotik (lima), tidak hadir tugas (lapan), syariah (dua) dan satu kes berkaitan SPRM.
RM20,000 sekiranya atlet SUKIPT berjaya pecah rekod kebangsaan - PM
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap merasmikan SUKIPT 2022 di Arena Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Zainal Abidin harap Penang FC kekalkan disiplin tinggi
Terdapat sedikit kecuaian yang telah memberi pasukan lawan peluang mendapatkan gol kemenangan.
Bagaimana untuk jadikan Felda hebat semula? Ini saranan Tok Pa
Lima perkara yang perlu diberi penekanan untuk Felda kembali gah dan berada di landasan tepat menuju sasaran untuk menjadi pemain industri sawit global yang disegani menjelang 2040.
Syarul tenang atur perancangan hadapi tiga kejohanan penting
Atlet berusia 48 tahun itu menggunakan penggalamannya untuk kekal disiplin dan memantau kualiti ototnya tanpa memasuki gelembung sukan.
Zlatan Ibrahimovic kini di bawah siasatan UEFA
Awal bulan ini, Penerbitan Sweden Aftonbladet mendakwa Ibrahimovic berpotensi melanggar peraturan FIFA kerana keterlibatan jelas dalam syarikat perjudian Malta, Bethard.
Guru sebak lihat pelajar sujud syukur beramai-ramai tamat SPM
Menurut Cikgu Hafizi, pelajar di maktab tersebut amat berdisiplin dan sangat menghormati para guru.
Norma baharu warga Malaysia di Jepun
Penulis berkongsi kisah pahit manis mengharungi pandemik ketika berjauhan daripada ibu bapa, sanak saudara, sahabat dan rakan taulan di tanah air.
Muafakat Nasional Kedah selesai separuh rundingan kerusi PRU15
Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pembahagian kerusi dalam MN akan mengikut pembahagian mengikut kerusi yang dimenangi parti dalam PRU sebelum ini.