awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar ditemukan meninggal dunia di asrama kolej

Sinar Harian
Sinar Harian
04/11/2024
06:30 MYT
Pelajar ditemukan meninggal dunia di asrama kolej
Polis menerima laporan mengenai kejadian membabitkan mangsa berusia 20 tahun yang berasal dari Selangor itu pada jam 5.41 pagi. -Gambar fail/PDRM
KEMAMAN: Seorang pelajar ditemukan meninggal dunia di asrama sebuah kolej swasta di Chukai pada Isnin. Gambar hiasan

Ringkasan AI
  • Seorang pelajar berusia 20 tahun dari Selangor ditemukan meninggal dunia dalam asrama di sebuah kolej swasta di Chukai pada Isnin.
  • Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri oleh rakan sebiliknya pada jam 5 pagi dan dibawa ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.
  • Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) kerana mangsa tidak mempunyai rekod penyakit.

Seorang pelajar ditemukan meninggal dunia dalam asrama di sebuah kolej swasta di Chukai, di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian membabitkan mangsa berusia 20 tahun yang berasal dari Selangor itu pada jam 5.41 pagi.
"Mangsa tinggal sebilik bersama tiga lagi rakan ditemukan tidak sedarkan diri oleh rakan sebiliknya pada jam 5 pagi.
"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kemaman untuk urusan bedah siasat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Mengulas lanjut, Hanyan berkata, berdasarkan rekod kesihatan mendapati mangsa tidak mengalami sebarang penyakit.
Beliau berkata, setakat ini kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Hanyan Ramlan
#meninggal dunia di asrama
#asrama kolej swasta
#Chukai
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan