awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar guna guni sebagai bagasi ke universiti akan dibantu

Sinar Harian
Sinar Harian
30/09/2024
04:57 MYT
Pelajar guna guni sebagai bagasi ke universiti akan dibantu
Fadhlina ketika membuat panggilan video bersama Rafida. - Foto Facebook Fadhlina
SHAH ALAM: Beban kewangan dan keperluan seorang pelajar yang menggunakan guni untuk mengisi barangannya sewaktu pendaftaran di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan diuruskan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Menurut beliau, kisah pelajar bernama Rafida Zaiddin itu dekat di hatinya kerana pada hari yang sama beliau turut menghantar anak sulungnya melanjutkan pengajian ke universiti.
“Rafida adalah anak yang cerdik. Keputusan peperiksaan Rafida di Matrikulasi Labuan sangat membanggakan. Malah sedang mengikuti pengajian perakaunan di UMS.
“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak khususnya Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Cikgu Rahman dan rakan saya Dr Abdullah Bade, pensyarah UMS yang telah melaporkan keadaan anakanda Rafida Zaiddin,” katanya dalam hantaran di Facebook malam tadi.
Ujar beliau, kesungguhan Rafida memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa perjuangan pendidikan manusiawi merupakan kekuatan Malaysia.
“Insya-ALLAH Rafida tidak perlu risau apa-apa tentang pengajiannya. Semuanya telah diuruskan dengan baik sehingga habis pengajian,” ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Fadhlina Sidek
#masuk universiti
#bagasi guni
#Universiti Malaysia Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan