Prihatin dengan masalah kecurian motosikal, dua pelajar tampil dengan idea mencipta peranti untuk menghidupkan motosikal menggunakan alat imbasan jari.
Ciptaan pintar itu dihasilkan dua pelajar tahun akhir Diploma Teknologi Elektronik Kolej Vokasional (KV) Bachok, Wan Amiruddin Wan Amran, 19, dan Adeeb Aideen Mat Yusof, 19, sekali gus berjaya memenuhi projek tahun akhir mereka.
Wan Amiruddin berkata, projek yang dinamakan 'Fingerprint Bike Starter' itu terhasil selepas melihat banyak kecurian motosikal yang berlaku ketika ini.
"Sistem ini sukar untuk diceroboh kerana motosikal yang dipasangkan 'Fingerprint Bike Starter' ini hanya akan hidup menerusi kesepadanan cap jari pemilik atau jari individu yang berada dalam rekod sistem sahaja.
"Setiap 'Fingerprint Bike Starter' boleh menyimpan 127 kod cap jari dalam sistem pemasangan dan hanya pemilik sah yang direkodkan sahaja boleh menghidupkan motosikal sekaligus mengelak kecurian motosikal," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program 'Inreach Fair and KV Skills Competition' 2019 di KV Bachok, Tangok pada Rabu.
Wan Amiruddin berkata mereka berdua mengambil masa enam bulan untuk mencipta sistem itu termasuk membina prototaip dan menguji sistem pada motosikal yang menggunakan penghidup elektrik.
"Gerak kerja ini melibatkan beberapa cabaran terutamanya memasukkan sistem kod yang diaplikasi kepada mesin peralatan dan pengaturcaraan serta sistem menghidupkan motosikal dan kereta yang ada butang elektronik boleh menggunakan cap jari," katanya.
Kedua-dua mereka membelanjakan kira-kira RM500 untuk membangunkan projek berkenaan dan yakin inovasi komponen yang dicipta itu boleh dipasarkan secara komersial.
Sementara itu, Adeeb Aideen berkata ciptaan mereka menggunakan perisian Arduino yang dilengkapi sistem rakaman suara dan paparan kristal cecair (LCD) dengan perkakasan elektronik seperti alat pengimbas jari yang diperolehi dari luar negara.
Katanya sehingga kini mereka sudah menerima tempahan memasang sistem keselamatan itu dalam kalangan pelajar dan pensyarah kolej dan mampu menyiapkan satu pemasangan dalam tempoh 12 hari.
Sementara itu, Pengarah KV Bachok Rusli Idris berkata ciptaan kedua-dua pelajar itu akan dipatenkan sebagai hak eksklusif bertujuan menambahkan lagi nilai komersial produk berkenaan pada masa hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 19 2019
Kata Wan Amiruddin, sistem ini sukar untuk diceroboh kerana motosikal yang dipasangkan 'Fingerprint Bike Starter' ini hanya akan hidup menerusi kesepadanan cap jari pemilik atau jari individu yang berada dalam rekod sistem sahaja. - Gambar hiasan
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Pelajar hasilkan peranti imbas cap jari hidupkan motosikal
Wan Amiruddin berkata, projek yang dinamakan 'Fingerprint Bike Starter' itu terhasil selepas melihat banyak kecurian motosikal yang berlaku ketika ini.