awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
8,006 sukarelawan SPM dilantik tahun ini, tertinggi sejak 2023 - Fadhlina
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar IKBN Miri nafi dibuli, maklum hanya gurauan - Polis

Bernama
Bernama
23/09/2025
08:30 MYT
Pelajar IKBN Miri nafi dibuli, maklum hanya gurauan - Polis
Mohd Farhan berkata polis telah memanggil pegawai institut berkenaan, ibu bapa serta kesemua pelajar yang terlibat dalam rakaman video tersebut untuk diambil keterangan. - Gambar fail/Bernama
KUCHING: Seorang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri yang tular dalam rakaman video di media sosial memperlihatkan beliau seolah-olah menjadi mangsa kekerasan fizikal, menafikan dirinya dibuli.

Ringkasan AI
  • Pelajar IKBN Miri yang tular dalam video menafikan dibuli, menjelaskan kejadian hanyalah gurauan rakan sempena hari lahirnya tanpa paksaan.
  • Polis memanggil semua pihak terlibat untuk keterangan dan mengklasifikasikan kes sebagai tiada tindakan lanjut, namun IKBN Miri akan ambil tindakan tegas terhadap pelajar terlibat.
  • Polis menasihatkan orang ramai tidak menularkan video atau membuat spekulasi, serta memberi amaran akan bertindak jika wujud bukti baharu unsur jenayah buli.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata pelajar tersebut bersama ibu dan bapanya telah hadir ke balai polis untuk menjelaskan bahawa kejadian itu hanyalah gurauan rakan-rakan sempena sambutan hari lahirnya pada 19 Sept lepas, tanpa unsur paksaan atau penderaan.
"Sehubungan itu, polis telah memanggil pegawai institut berkenaan, ibu bapa serta kesemua pelajar berumur dalam lingkungan 18 tahun hingga 24 tahun yang terlibat dalam rakaman video tersebut untuk diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan dan mengklasifikasikan kes itu sebagai tiada tindakan lanjut.
"Polis akan terus memantau perkembangan kes ini, polis tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya muncul laporan atau bukti baharu yang menunjukkan wujudnya unsur jenayah buli," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Farhan berkata pihak IKBN Miri juga telah mengesahkan kejadian berlaku dalam kawasan kampus dan pihak institut juga memaklumkan akan mengambil tindakan tegas terhadap kesemua pelajar terlibat.
KBS gesa siasatan menyeluruh insiden buli di IKBN Miri
Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan rakaman berkenaan atau membuat spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam, sebaliknya menyalurkan maklumat relevan terus kepada polis bagi tindakan sewajarnya.
Sebelum ini satu rakaman video berdurasi 13 saat telah tular di media sosial yang memperlihatkan sekumpulan lelaki mengangkat seorang individu dalam keadaan terkangkang hingga terkena tiang. Video tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat serta spekulasi berhubung kemungkinan berlaku kejadian buli.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#IKBN Miri
#dakwaan buli
#hanya gurauan
#sambutan hari jadi
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan