awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar institut kemahiran cedera ditikam dua penyamun

Bernama
Bernama
04/06/2017
14:22 MYT
Pelajar institut kemahiran cedera ditikam dua penyamun
Mangsa berusia 23 tahun yang mengalami kecederaan di perut dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan. - Gambar hiasan
Seorang penuntut Institut Latihan Perindustrian (ILP) di Gebeng di sini, cedera di perut selepas dipercayai ditikam dua lelaki dalam kejadian samun di Jalan Pintasan Pelabuhan-Kuantan dekat Balok, malam semalam.
Dalam kejadian 9.30 malam itu, mangsa berusia 23 tahun yang mengalami kecederaan di perut dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, dengan bantuan orang awam untuk mendapatkan rawatan.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata ketika kejadian, mangsa berjalan seorang diri menuju ke sebuah kedai makan sebelum ditegur dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.
"Seorang daripada suspek berpura-pura bertanyakan arah jalan sebelum mengeluarkan sebilah pisau dan bertindak hendak menyamun mangsa.
"Mangsa cuba melawan menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka sebelum suspek bertindak menikamnya, " kata beliau ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata seorang daripada suspek merampas telefon bimbit dan dompet milik mangsa, dan kedua-dua lelaki terbabit kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.
Katanya mangsa ditemui oleh orang awam di tepi jalan dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan kecederaan di perut sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Abdul Aziz berkata polis masih menyiasat jumlah kerugian sebenar dialami mangsa selain sedang mengesan dua suspek terbabit, dipercayai masih berada di bandar ini.
"Kes terbabit masih dalam siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun mendatangkan kecederaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cedera
#jenayah
#mangsa
#PDRM
#pelajar
#polis
#samun
#siasatan
#suspek
#tikam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan