awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar IPT boleh mohon baucar buku RM100 bermula hari ini

Bernama
Bernama
30/10/2024
05:00 MYT
Pelajar IPT boleh mohon baucar buku RM100 bermula hari ini
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan permohonan itu dibuka mulai 10 pagi ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) boleh membuat permohonan baucar buku fasa kedua bernilai RM100 bermula hari ini hingga 31 Dis.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan permohonan itu dibuka mulai 10 pagi ini.
"Berita baik untuk semua pelajar IPT, anda layak untuk menebus baucar buku di laman MySISWAPLACE," menurut hantaran itu.
Pada Isnin lepas, KPT dalam kenyataan memaklumkan fasa kedua inisiatif itu akan memanfaatkan lebih sejuta pelajar, dengan penyaluran baucar akan dilaksanakan melalui pelantar digital kepada pelajar IPT yang berdaftar di bawah KPT dan berstatus aktif hingga 31 Mac 2024.
Kod baucar akan dijana setelah semakan kelayakan dibuat di portal MySISWAPLACE menerusi pautan https:/mysiswaplace.my bermula 30 Okt.
Portal MySISWAPLACE di bawah kendalian Yayasan Perkasa Siswa yang merupakan agensi rasmi di bawah KPT adalah untuk memudahkan urusan para pelajar menggunakannya sepanjang inisiatif berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#baucar buku
#pelajar IPT
#cara tuntut
#KPT
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan