PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju memberi pelepasan selama lima hari bermula 17 November ini kepada pelajar untuk pulang menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Prof Datuk Dr Husaini Omar selepas surat edaran mengenai pelepasan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk pulang mengundi yang ditandatanganinya tular di media sosial hari ini.
Beliau ketika dihubungi Bernama hari ini memaklumkan surat berkenaan telah diedarkan kepada semua IPT awam dan swasta termasuk Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti untuk tindakan lanjut.
"Surat tersebut adalah edaran kepada semua IPT bagi memberi pelepasan kepada pelajar untuk mengundi berdasarkan Undi 18. Kenyataan media berhubung perkara ini akan dikeluarkan nanti," katanya.
Menurut surat bertarikh 21 Oktober itu, tarikh pelepasan bermula dari 17 hingga 21 November itu adalah tempoh yang mencukupi buat pelajar untuk membuat perjalanan pergi dan balik dari lokasi mengundi.
Surat berkenaan turut menyatakan semua kelas dan aktiviti pelajar semasa tempoh tersebut hendaklah ditangguhkan dan diadakan ke suatu tarikh lain.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 November, dengan penamaan calon ditetapkan pada 5 November manakala pengundian awal pada 15 November.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 22 2022

Menurut surat bertarikh 21 Oktober itu, tarikh pelepasan bermula dari 17 hingga 21 November itu adalah tempoh yang mencukupi buat pelajar untuk membuat perjalanan pergi dan balik dari lokasi mengundi. - Gambar fail

Lebih 50,000 kematian akibat COVID-19 direkodkan di Kanada
Menurut Agensi Kesihatan Awam Kanada, virus SARS-CoV-2 masih menular secara meluas di seluruh Kanada.

MetMalaysia | Amaran hujan berterusan di Sarawak, Johor dan Pahang
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk bagi beberapa kawasan di Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sibu, Mukah dan Kapit (Song dan Kapit) sehingga esok.

Defisit Kepercayaan | IPT perlu ubah struktur pengajaran & pembelajaran
Bagi meningkatkan defisit kepercayaan pelajar ke menara gading, institusi pengajian tinggi perlu berani mengubah struktur pengajaran dan pembelajaran.

Program mesra rakyat sempena Hari Wilayah Persekutuan 2023
Pelaksanaan program SHWP 2023 yang berlangsung sepanjang bulan ini, juga berkonsepkan mesra rakyat dan melibatkan penyertaan daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat.

Banduan lari dari Pusat Koreksional Jasin berjaya ditangkap
Polis berjaya menahan seorang banduan yang melarikan diri dari Pusat Koreksional Jasin sejak enam hari lepas, di sekitar kawasan Alor Gajah malam tadi.

Ustaz Abdullah Khairi dakwa digam daripada program ceramah
Abdullah Khairi memaklumkan beliau 'digam' untuk dua program termasuk Forum Perdana berkenaan.

Saham YTL Power naik selepas umum kerjasama dengan TNB bekal elektrik ke Singapura
Saham YTL Power International Bhd naik 1.5 sen kepada 74.5 sen selepas ia mengumumkan kerjasama dengan unit TNB untuk membekalkan 100 megawatt (MW) elektrik dari Malaysia ke Singapura.

Kes demam denggi di Ipoh meningkat 364.3 peratus
Kes denggi dijangka meningkat pada bulan Januari dan Februari serta memuncak pada Jun dan Julai 2023.

Tiada penghantaran jet ke Ukraine - Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Isnin berkata bahawa beliau tidak akan meluluskan penghantaran jet pejuang F-16 ke Ukraine.

Kamaruzzaman enggan ulas Tengku Zafrul bertanding DUN Kota Raja
Soal pemilihan calon yang diketengahkan pada pilihan raya diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti itu.

Isu 'sedekah' pengundi: Amanah gesa SPRM percepat siasatan
Kes berkenaan harus disiasat secara telus susulan rakaman video bersumpah penerima wang untuk mengundi Pas sudah berlegar lebih sebulan lalu.

Beri ruang, namun kerajaan perlu segera tunai janji PRU15 - Rais Yatim
Mereka tidak boleh melengahkan dan perlu menyegerakan janji termasuk melaksanakan agenda reformasi agar usaha itu tidak dibiarkan begitu sahaja.

Joe Biden ucap tahniah kepada Anwar, puji demokrasi Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima ucapan tahniah daripada Presiden Amerka Syarikat Joe Biden,

'Lebih baik Nur Jazlan fikir kenapa kalah PRU' - Razman
Nur Jazlan seharusnya lebih mengutamakan kepada penilaian beliau yang kalah di kerusi Parlimen Pulai selama dua penggal berturut-turut.

SPR lupus dokumen PRU15 Parlimen Selangor
Semua dokumen yang digunakan pada PRU15 dilupuskan selepas tiada sebarang petisyen bantahan dibuat oleh parti politik yang bertanding.

Tuntutan palsu program Penjana: Tiga usahawan termasuk calon Pejuang pada PRU15 mengaku tidak bersalah
Datuk Mohd Ridzuan Abdullah didakwa 12 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu kepada Perkeso bernilai RM378,000.

Bawa keputusan PRU di mahkamah jika ada unsur korup - Fadillah
Mahkamah tempat paling sesuai bagi menentukan isu itu jika ada pihak yang tidak berpuas hati, terutama berhubung keputusan PRU15.

'Tunjuk bukti PN tak rasuah pengundi' - Isham Jalil
Hamzah Zainudin diminta menyatakan bukti berkenaan agar rakyat boleh menilai dan untuk mengelakkan fitnah sekiranya mereka di pihak benar.

PN sedia buktikan dakwaan sogok pengundi tidak benar
Pasukan pembelaan Perikatan Nasional sudah bersedia untuk membuktikan bahawa dakwaan oleh UMNO Terengganu itu, adalah tidak benar.

Ucapan ceramah PRU15 tidak berunsur fitnah terhadap Anwar - Muhyiddin
Muhyiddin mendakwa ucapannya semasa ceramah 'Grand Finale Perikatan Nasional Padang Serai' pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak berunsur fitnah.