MALAYSIA
Pelajar IPT rugi RM50,400 ditipu sindiket 'phone scam'
Mangsa diarahkan mengosongkan akaun banknya dengan memindahkan semua wang ke akaun sementara yang diberikan suspek. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berusia 24 tahun di Kuala Nerus kerugian RM59,400 selepas ditipu sindiket penipuan telefon atau 'phone scam'.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada 27 Nov tahun lepas, mangsa menerima panggilan daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai keselamatan siber, mendakwa beliau terlibat dalam penyebaran pautan palsu dan perlu membuat laporan polis untuk menafikan tuduhan tersebut
Mangsa kemudian disambungkan kepada rakan suspek yang menyamar sebagai pegawai polis dan didakwa terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram.
"Mangsa diarahkan mengosongkan akaun banknya dengan memindahkan semua wang ke akaun sementara yang diberikan suspek kononnya untuk tujuan siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.Azli berkata mangsa yang bimbang dikenakan tindakan undang-undang telah memindahkan wang ke dua akaun berbeza pada 2 dan 9 Dis lepas.
Beliau menyedari ditipu selepas gagal menghubungi suspek untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat laporan polis pada 10.08 malam tadi.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Sumber kewangan mangsa adalah tabungan hasil simpanan ibu bapa sejak kecil.
-- BERNAMA