awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyambungan silang rangkaian paip langkah mitigasi atasi masalah air di Papar
MTL: JAKOA peruntuk lebih RM146,000 bantuan bakul makanan di Kelantan
Indonesia usaha memudah cara eksport tuna sifar tarif ke Jepun di bawah IJEPA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar IPTA terima manfaat ujian pengesanan COVID-19 percuma - Dr Adham

Hilmi Malik
Hilmi Malik
04/03/2021
11:49 MYT
Pelajar IPTA terima manfaat ujian pengesanan COVID-19 percuma - Dr Adham
Dianggarkan sekitar 18,600 pelajar IPTA yang memulakan sesi pengajian secara fizikal bermula 1 Mac lalu akan menerima inisiatif ujian pengesanan COVID-19 secara percuma. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kesemua pelajar insititut pengajian tinggi awam (IPTA) akan dikecualikan daripada bayaran fi bagi ujian pengesanan COVID-19.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pengecualian tersebut adalah khusus bagi pelajar warganegara tempatan yang menjalankan ujian tersebut di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM).
“Selaras dengan usaha kerajaan mengekang penularan COVID-19, semua pelajar perlu menjalani ujian pengesanan COVID-19 sebelum memulakan sesi pengajian.
“Maka, kerajaan akan menanggung semua kos ujian yang dianggarkan sekitar RM2.79 juta,” katanya ketika bercakap pada sidang media pelancaran buku bertajuk Impak COVID-19 Terhadap Insan, terbitan Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Khamis.
Menurut Dr Adham, insiatif berkenaan bakal melibatkan anggaran seramai 18,600 pelajar IPTA yang memulakan sesi pengajian secara fizikal bermula 1 Mac lalu.
Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan seramai 80,336 individu telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech yang terdiri daripada petugas barisan hadapan.
Program tersebut merupakan sebahagian daripada fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula pada 24 Feb lepas.
Setakat ini, negara berada pada kedudukan ke-68 daripada jumlah keseluruhan negara yang telah dan sedang memberi suntikan vaksin COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#KKM
#Dr Adham Baba
#ipta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan