KUANTAN: Polis menahan dua penuntut wanita kolej swasta berusia 22 tahun kerana disyaki memalsukan borang rentas negeri untuk ke Pahang, pada Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata kedua-dua suspek yang menaiki kenderaan sama ditahan di sekatan jalan raya selepas Plaza Tol Bentong, pada 6.45 petang selepas anggota bertugas meragui kesahihan borang dikemukakan mereka.
"Siasatan awal mempercayai cap dan tandatangan ketua balai yang meluluskan borang itu bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan atas alasan menghadiri kelas adalah palsu yang dihasilkan dengan menggunakan mesin pengimbas.
"Polis turut menemukan salinan borang kosong dengan tandatangan palsu dikatakan milik ketua balai polis di telefon pintar seorang daripada suspek, yang dipercayai digunakan bagi menghasilkan borang rentas negeri itu," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Zaiham berkata ujian saringan air kencing seorang daripada suspek juga didapati positif ganja.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana pemalsuan bagi maksud menipu serta Seksyen 471 kanun sama atas kesalahan menggunakan surat pemalsuan sebagai tulen yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 21 2021

Borang kebenaran rentas negeri yang disyaki dipalsukan oleh dua pelajar kolej. - Foto ihsan PDRM

Lebih 1,000 jemaah hadir majlis bacaan Yasin sempena Hari Keputeraan Agong
Majlis itu bermula kira-kira 7 malam dengan bacaan Yasin dan doa selamat dipimpin Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni sebelum diteruskan dengan solat Maghrib.

Lima negeri terlibat pelantikan, pertukaran pengarah bomba baharu
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengumumkan pertukaran dan pelantikan pengarah di lima negeri berkuat kuasa esok.

Rakyat boleh mohon terus projek infrastruktur kecil kepada Kementerian Ekonomi - Rafizi
Kementerian Ekonomi akan membuka peluang kepada rakyat untuk membuat permohonan peruntukan bagi sebarang projek pembangunan dan infrastruktur kecil awam secara terus kepada kementerian.

INSKEN buka cawangan pertama di Sabah, sedia latihan usahawan
Terletak di Wisma IDS, Penampang, Kampus INSKEN Sabah beroperasi dari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu berada pada 4.6110/6165 berbanding dolar AS 4.6105/6155 ketika ditutup pada Rabu.

Melayu mudah lupa bersama PH - Abdul Hadi
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang melabelkan orang Melayu termasuk pemimpinnya yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai Melayu yang mudah lupa.

Penubuhan yayasan bagi setiap persatuan sukan tak munasabah - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berpendapat agak sukar untuk setiap persatuan sukan menubuhkan yayasan sendiri khususnya bagi menjaga kebajikan bekas atlet mereka sewaktu di alam persaraan.

Jamal Abdillah, 29 penggiat seni dibenar saman tuntut royalti PRISM
Jamal menganggap keputusan itu juga adalah satu amaran kepada pihak badan pelesenan lain agar lebih telus dalam melaksanakan tugas dan memberi kesedaran kepada penggiat seni

Hanya JDT bida, Stadium Sultan Ibrahim hos final Piala FA 2023
Gelanggang keramat juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri, sah dipilih sebagai venue perlawanan akhir Piala FA 2023.

Belum tiba masa lawan Brazil, Argentina - Hamidin
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendedahkan skuad Harimau Malaya berpeluang mengadakan aksi persahabatan berdepan dua gergasi bola sepak dunia, Brazil dan Argentina, pada akhir tahun lepas.

Pelajar kolej swasta antara ditahan jual 'brownies ganja'
Punca bekalan masih dalam siasatan dan saringan air kencing mendapati suspek dalam kes pertama bebas daripada sebarang jenis dadah.

Pelajar kolej ditahan bantu siasatan kes rogol
Seorang remaja lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes rogol melibatkan gadis bawah umur dalam kejadian di sebuah rumah sewa di Kemaman.

Elak bayar hutang, pelajar kolej buat laporan palsu kononnya dirompak
Remaja berumur 19 tahun itu membuat laporan polis mendakwa dirinya dirompak tiga lelaki bersenjata di sekitar Petaling Jaya.

Polis rampas syabu RM13.26 juta, tahan empat lelaki termasuk pelajar
Suspek berusia antara 22 dan 37 tahun yang bertindak sebagai 'transporter' diberkas ketika sedang memindahkan dadah kepada pengedar.

Dua pelajar UCTATI maut kenderaan dirempuh 4WD
Siasatan awal mendapati Toyota Hilux tersebut gagal mengelak dan merempuh bahagian sisi Perodua Kancil.

Pelajar kolej Filipina pakai topi elak tiru jawapan
Ramai antara mereka mencipta topi buatan sendiri daripada kadbod, kotak telur dan bahan kitar semula yang lain.

44 pelajar kolej, pemandu terselamat bas persiaran terbakar
Seramai 44 pelajar dan seorang pemandu terselamat selepas bas persiaran yang dinaiki mereka terbakar di Kilometer 395, Jalan Gerik, Tasek Banding, hari ini.

Kes pukul, polis tahan 10 pelajar kolej vokasional
Polis menahan 10 pelajar lelaki di sebuah kolej vokasional di Wangsa Maju, kerana disyaki memukul seorang pelajar lain hingga mencederakan pelajar itu.

Lebih muatan, 19 pelajar terperangkap dalam lif
Kejadian dilaporkan pada jam 8.26 malam membabitkan kesemua wanita terdiri daripada pelajar kolej di bangunan itu.

Pelajar kolej maut motosikal dirempuh kereta dipandu warga emas
Seorang penuntut kolej maut selepas motosikal yang ditungganinya bertembung dengan sebuah kereta yang dipandu warga emas.