awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar kolej lemas di air terjun Lata Tembakah

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
15/07/2017
11:24 MYT
Pelajar kolej lemas di air terjun Lata Tembakah
Jenazah Mohammad Nurhaqkim yang berasal dari Ayer Baloi, Pontian, Johor dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat. - Foto Astro AWANI
Kegembiraan 16 pelajar Kolej Teknologi dan Kemahiran Astonia berkelah di Lata Tembakah, di sini berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas.
Kejadian berlaku kira kira jam 12.25 tengah hari tadi ketika rombongan pelajar dari Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan itu sedang mandi-manda.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jerteh, Mustafa Ismail berkata, mangsa, Mohammad Nurhaqkim Rostam, 17, menyertai rombongan perkelahan itu bersama 15 rakan sekelasnya disertai seorang guru pengiring, isteri dan dua anaknya.
Menurut Mustafa, mangsa dikatakan hilang selepas dibawa arus deras di kawasan air terjun terbabit.
Sejurus kejadian, guru pengiring serta beberapa rakan cuba membantu mangsa.
Bagaimanapun, usaha berkenaan gagal berikutan arus yang terlalu deras.
Lima anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada rakan mangsa kira-kira 10 minit selepas kejadian.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa berjaya menemui mayat mangsa kira kira jam 1.45 petang,
Mangsa dijumpai tidak jauh dari lokasi dilaporkan hilang di dasar air terjun pada kedalaman 3.67 meter .
Jenazah Mohammad Nurhaqkim yang berasal dari Ayer Baloi, Pontian, Johor dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#air terjun
#Jertih
#Kolej Teknologi dan Kemahiran Astonia
#Lata Tembakah
#lemas
#pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan