awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar kolej mengaku bersalah buang bayi di dalam tong sampah

Bernama
Bernama
04/11/2014
09:13 MYT
Pelajar kolej mengaku bersalah buang bayi di dalam tong sampah
Seorang pelajar kolej swasta hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki. -Gambar fail
Seorang pelajar kolej swasta hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dengan membuang mayatnya di dalam tong sampah, bulan lepas.
Norhidayah Yon, 19, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Asyraf Rezal Abdul Manan.
Asyraf Rezal menetapkan 4 Dis ini untuk tarikh menjatuhkan hukuman dan memerintahkan tertuduh ditahan reman.
Norhidayah, yang menangis teresak-esak di kandang tertuduh, didakwa sengaja menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dengan membuang mayat bayi itu di dalam tong sampah selepas dilahirkan di Blok C, PV6, Kondo Platinum Hill Park, Jalan Setapak, Wangsa Maju di sini pada 4 pagi 28 Okt lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#Asyraf Rezal Abdul Manan
#buang bayi
#Norhidayah Yon
#PV6
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan