awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga Sabtu ini
Projek Perolehan TDM: Bekas Panglima Tentera Darat masih jalani rawatan - Peguam
Spotify perkenal ciri Listening Activity, Request to Jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar lemas semasa memukat di Tanjong Gemok

Bernama
Bernama
08/12/2013
11:52 MYT
Pelajar lemas semasa memukat di Tanjong Gemok
Seorang pelajar tingkatan lima dikhuatiri lemas setelah hilang semasa memukat di pantai Tanjung Pahang di Tanjung Gemok, dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Yahaya berkata dalam kejadian pukul 1 tengah hari itu mangsa Mohd Zulhelmie Mohamad Yatim, 17, dipercayai dipukul ombak kuat semasa sedang memukat bersama tiga rakannya di pantai berkenaan.
"Mangsa tiba-tiba lemas sebelum tenggelam dibawa arus ombak.
"Rakan-rakan mangsa cuba menyelamat mangsa namun gagal berikutan air laut yang deras," katany di sini, hari ini.
Beliau berkata, polis, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat kini giat mencari dan menyelamat mangsa.
Banjir di Pahang sejak minggu lepas telah mengorbankan tiga mangsa.
Jumaat lepas, mayat dua beranak ditemui selepas dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki mereka terbalik di Sungai Isap, pada Rabu.
Megat Mohd Nazli Jamali, 17, ditemui orang awam pukul 9.30 pagi manakala bapanya Jamali Jani, 45, ditemui kira-kira 2.40 petang pada hari berkenaan.
Pada 4 Dis, mayat seorang lelaki Mohamed Alif Khalid, 21, dijumpai lemas pada 4.15 petang hari berkenaan selepas dipercayai turun berseorangan untuk menjala ikan di anak Sungai Kampung Sepial, Kuala Tembeling, Jerantut.
Topic Berkaitan
#banjir
#lemas
#Rompin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan