awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar Malaysia ditahan di Norway bukan pengintip

Sinar Harian
Sinar Harian
22/09/2023
22:30 MYT
Pelajar Malaysia ditahan di Norway bukan pengintip
Pelajar Malaysia disyaki meletakkan kereta sewa berhampiran pejabat perdana menteri Norway. - Agensi/Sinar Harian
NORWAY: Seorang pelajar Malaysia yang ditahan di Oslo pada bulan ini kerana mempunyai alat pendengaran elektronik, tidak disyaki mengintip tetapi terbabit dalam jenayah ekonomi.
Lelaki berusia 25 tahun itu telah ditahan pada 8 September di Oslo selepas kereta disewanya dilihat berada berhampiran pejabat perdana menteri dan kementerian pertahanan. Pada masa sama isyarat elektronik dikesan di lokasi tersebut.
Perkhidmatan perisikan PST ditugaskan mengendalikan kes tersebut kerana pada awalnya disyaki melakukan pengintipan.
"Tiada berlaku hipotesis pengintipan haram, tetapi ia lebih kepada jenayah ekonomi terancang menjadi bukti kukuh kes ini," kata PST menerusi ciapan di X pada Jumaat.
Oleh itu, kes tersebut telah diserahkan kepada Unit Jenayah Ekonomi dan Alam Sekitar Norway, yang dikenali sebagai Okokrim.
Menurut unit itu, lelaki ini dipercayai terlibat dengan jenayah terancang yang mungkin mempunyai hubungan dengan antarabangsa.
Semasa penahanannya, lelaki itu dipercayai menggunakan IMSI-Cather, alat mencuri pendengaran telefon untun memintas trafik telefon bimbit dan menjejaki lokasi data.
Menurut peguamnya, sejak dari awal anak buahnya menafikan melakukan pengintipan. - Agensi/Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pelajar malaysia
#pengintip
#Norway
#pejabat perdana menteri Norway
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan