awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar Malaysia raih anugerah terbaik dunia A-Level Cambridge

Bernama
Bernama
29/11/2024
12:00 MYT
Pelajar Malaysia raih anugerah terbaik dunia A-Level Cambridge
M Laxmann (kiri) yang merupakan penuntut di Kolej Yayasan UEM mencatat sejarah dengan memperoleh markah 100 peratus dalam Matematik. - Gambar/ FB Aznan Tamin
JOHOR BAHRU: Seorang pelajar tajaan kerajaan Johor menerima Anugerah Pencapaian Terbaik Dunia dalam peperiksaan A-Level Cambridge.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri Aznan Tamin berkata M Laxmann yang merupakan penuntut di Kolej Yayasan UEM mencatat sejarah dengan memperoleh markah 100 peratus dalam Matematik selain pencapaian cemerlang dalam Kimia (97 peratus) dan Fizik (93 peratus)
"Bekas pelajar Maktab Sultan Abu Bakar itu merupakan penerima Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ)," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Beliau berkata lebih membanggakan apabila dua lagi penerima biasiswa itu turut menunjukkan prestasi hebat dalam peperiksaan tersebut.
Aznan berkata pelajar bekenaan ialah Muhammad Fauzi Syahmi yang memperoleh gred AAAA dalam Matematik, Kimia, Ekonomi dan Fizik, manakala Lee Chong Ming mencapai gred A*AA dalam Matematik, Kimia, dan Fizik.
Beliau berkata program BOMJ yang bermula tahun lepas di bawah Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan generasi muda yang cemerlang dan mampu bersaing di peringkat global.
"Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua anak Johor untuk terus mengejar impian dan membawa nama negeri ini ke persada dunia," katanya.
Program BOMJ merupakan inisiatif kerajaan negeri menerusi YPJ dalam melahirkan generasi muda cemerlang dengan pemberian biasiswa penuh kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat A-Level, seterusnya ke institusi pengajian tinggi terkemuka dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar malaysia
#Kerajaan Johor
#Anugerah Pencapaian Terbaik Dunia
#A-Level Cambridge
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan