MALAYSIA
Pelajar Politeknik Merlimau ditemui meninggal dunia di rumah sewa
Menurut Robert, pihaknya menerima panggilan daripada pegawai perubatan Klinik Kesihatan Sungai Rambai kira-kira pukul 12 tengah hari tadi memaklumkan kejadian berkenaan. - Foto Astro AWANI
JASIN: Seorang pelajar Politeknik Merlimau ditemui meninggal dunia di sebuah rumah sewa di Taman Merlimau Emas, tengah hari tadi.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Mangsa, Mohamad Zul Hakimi Abdul Rahman,19, ditemui tidak sedarkan diri di hadapan bilik tidur oleh rakan serumah sebelum mereka bertindak menghubungi talian kecemasan 999 untuk bantuan paramedik.
Ketua Polis Daerah Jasin, Pemangku Superintenden Lee Robert berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pegawai perubatan Klinik Kesihatan Sungai Rambai kira-kira pukul 12 tengah hari tadi memaklumkan kejadian berkenaan.
“Kaunter aduan Balai Polis Merlimau telah menerima makluman daripada Klinik Kesihatan Sungai Rambai pada pukul 12 tengah hari tadi memaklumkan terdapat satu kes kematian di alamat terlibat.
“Siasatan awal polis mendapati mangsa tidak sedarkan diri, bagaimanapun tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Jasin bagi proses bedah siasat,”katanya dalam kenyataan di sini.
Mengulas lanjut katanya, difahamkan mangsa yang merupakan pelajar tahun tiga Diploma Elektrikal itu tinggal dirumah sewa berkenaan bersama 13 lagi rakan yang lain.
Katanya, mangsa tidak mempunyai sebarang sejarah penyakit lampau dan setakat ini kes disiasat sebagai mati mengejut.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Pelajar Politeknik Merlimau ditemui meninggal di rumah sewa; mangsa dikenali sebagai Mohamad Zul Hakimi Abdul Rahman, 19 tahun.
- Mangsa ditemui tidak sedarkan diri di hadapan bilik tidur; siasatan polis tidak menemui unsur jenayah.
- Mangsa tinggal bersama 13 rakan tanpa sejarah penyakit lampau; kes disiasat sebagai mati mengejut.
Mangsa, Mohamad Zul Hakimi Abdul Rahman,19, ditemui tidak sedarkan diri di hadapan bilik tidur oleh rakan serumah sebelum mereka bertindak menghubungi talian kecemasan 999 untuk bantuan paramedik.
Ketua Polis Daerah Jasin, Pemangku Superintenden Lee Robert berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pegawai perubatan Klinik Kesihatan Sungai Rambai kira-kira pukul 12 tengah hari tadi memaklumkan kejadian berkenaan.
“Kaunter aduan Balai Polis Merlimau telah menerima makluman daripada Klinik Kesihatan Sungai Rambai pada pukul 12 tengah hari tadi memaklumkan terdapat satu kes kematian di alamat terlibat.
“Siasatan awal polis mendapati mangsa tidak sedarkan diri, bagaimanapun tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Jasin bagi proses bedah siasat,”katanya dalam kenyataan di sini.
Mengulas lanjut katanya, difahamkan mangsa yang merupakan pelajar tahun tiga Diploma Elektrikal itu tinggal dirumah sewa berkenaan bersama 13 lagi rakan yang lain.
Katanya, mangsa tidak mempunyai sebarang sejarah penyakit lampau dan setakat ini kes disiasat sebagai mati mengejut.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah keadaan yang menyebabkan penemuan mangsa Mohamad Zul Hakimi Abdul Rahman meninggal dunia di rumah sewa di Taman Merlimau Emas?
A: Mangsa ditemui tidak sedarkan diri di hadapan bilik tidur oleh rakan serumah sebelum panggilan kecemasan dibuat. - Q: Siapakah yang pertama kali menghubungi talian kecemasan 999 untuk meminta bantuan paramedik bagi kes penemuan mangsa yang meninggal dunia?
A: Rakan serumah mangsa yang pertama kali menghubungi talian kecemasan 999 untuk meminta bantuan paramedik. - Q: Apakah tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa selepas menerima panggilan dari Klinik Kesihatan Sungai Rambai berkenaan kematian Mohamad Zul Hakimi Abdul Rahman?
A: Pihak polis telah menghantar mayat mangsa ke Unit Forensik Hospital Jasin bagi proses bedah siasat setelah tidak dikesan sebarang unsur jenayah dalam kejadian tersebut. - Q: Berapakah bilangan rakan serumah yang tinggal bersama mangsa di rumah sewa di Taman Merlimau Emas?
A: Mangsa tinggal bersama 13 lagi rakan serumah di rumah sewa di Taman Merlimau Emas. - Q: Apakah sebab utama kematian Mohamad Zul Hakimi Abdul Rahman yang dianggap sebagai mati mengejut berdasarkan siasatan awal polis?
A: Sehingga kini, kes disiasat sebagai mati mengejut kerana mangsa tidak mempunyai sejarah penyakit lampau yang diketahui.
#Politeknik Merlimau
#Mohamad Zul Hakimi Abdul Rahman
#pelajar ditemui mati di rumah sewa
#pelajar tahun tiga Diploma Elektrikal