NATIONAL

Pelajar putus jari, dua rakan cedera main mercun diubah suai

Sinar Harian 24/03/2025 | 04:50 MYT
Ketua Polis Daerah Jeli, Superintenden Kamarulzaman Harun, berkata ketiga-tiga mereka dikatakan memasukkan belerang mercun ke dalam botol bersama batu kerikil sebelum letupan berlaku. -Gambar fail
KOTA BHARU: Seorang pelajar sebuah sekolah agama di Jeli putus jari kiri, manakala dua rakannya cedera selepas dipercayai bermain mercun dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, Ahad. -Gambar hiasan


Ringkasan AI
  • Seorang pelajar putus jari kiri dan dua rakannya cedera akibat bermain mercun di sekolah agama di Jeli.
  • Mereka memasukkan belerang mercun ke dalam botol bersama batu kerikil sebelum letupan berlaku.
  • Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Jeli untuk rawatan lanjut.




Seorang pelajar sebuah sekolah agama di Jeli putus jari kiri, manakala dua rakannya cedera selepas dipercayai bermain mercun dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, Ahad.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintenden Kamarulzaman Harun, berkata ketiga-tiga mereka dikatakan memasukkan belerang mercun ke dalam botol bersama batu kerikil sebelum letupan berlaku.

Menurut beliau, siasatan mendapati pelajar berusia 15 dan 16 tahun itu bermain mercun dalam kawasan asrama lelaki sekolah terbabit.

“Mereka menggunakan botol dan memasukkan belerang bersama batu kerikil sebelum meletup, mengakibatkan kesemua mereka cedera.

“Mangsa berusia 16 tahun putus jari, manakala dua rakannya mengalami kecederaan. Kesemua mereka dibawa ke Hospital Jeli untuk rawatan lanjut,” katanya.

Beliau memberitahu bahawa polis menerima laporan mengenai kejadian kira-kira jam 5.48 petang selepas kesemua mangsa dirawat di hospital berkenaan.

“Kesemua mangsa dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Jeli sebelum menerima rawatan lanjut,” katanya. -Sinar Harian





#pelajar putus jari kiri #main mercun #sekolah agama #belerang mercun dalam botol #Hospital Jeli