awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar sekolah maut motosikal langgar lori

Bernama
Bernama
26/05/2022
10:22 MYT
Pelajar sekolah maut motosikal langgar lori
Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di simpang empat lampu isyarat Jalan Tunku Kursiah, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata kemalangan pada 8.45 pagi itu menyebabkan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Mohd Redza itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
"Siasatan awal mendapati motosikal jenis Honda RS150 ditunggang mangsa dari arah Seremban menuju ke Sikamat telah melanggar lampu isyarat berwarna merah lalu melanggar bahagian kanan lori jenis Isuzu yang datang dari arah simpang kiri mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar 17 tahun
#kemalangan
#Lori
#motosikal
#Jalan Tunku Kursiah
#Polis Daerah Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan