MALAYSIA
Pelajar SPM cedera kemalangan motosikal lawan arus, tiada lesen
Tangkap layar kejadian kemalangan membabitkan seorang pelajar lelaki yang menunggang motosikal secara melawan arus bertembung dengan sebuah kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan Bukit, Kajang pada Khamis.
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun cedera selepas motosikal yang ditunggangnya secara melawan arus bertembung dengan sebuah kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan Bukit, Kajang pada Khamis.
Ringkasan AI
Dalam kejadian sekitar jam 2 petang itu, motosikal berkenaan turut membawa seorang pembonceng lelaki berusia 20 tahun yang bekerja di sektor swasta manakala kereta terbabit pula dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada tindakan cuai penunggang motosikal yang memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta dari arah hadapan.
“Penunggang motosikal bukan sahaja melanggar arah laluan, malah tidak memiliki lesen memandu yang sah.
"Tindakan berbahaya seperti ini mengancam keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain,” katanya dalam kenyataan semalam.
Menurut Naazron, kedua-dua penunggang dan pembonceng tercampak ke atas jalan sebelum dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan.
"Penunggang mengalami kecederaan di kaki dan patah tangan kiri, manakala pembonceng serta pemandu kereta tidak cedera.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat dan tidak bertimbang rasa, serta Seksyen 26(1) akta sama kerana tiada lesen memandu," ujarnya.
Naazron menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan pengguna jalan raya yang mengabaikan undang-undang.
“Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang menunggang atau memandu secara melulu.
"Kami menggesa orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan demi keselamatan bersama,” katanya.
Ringkasan AI
- Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun cedera selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Kajang.
- Penunggang motosikal memasuki laluan bertentangan dan tidak memiliki lesen memandu sah.
- Kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat; polis gesa pengguna jalan raya mematuhi peraturan keselamatan.