awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar tahfiz dakwa didera ustaz

Sinar Harian
Sinar Harian
25/03/2019
22:38 MYT
Pelajar tahfiz dakwa didera ustaz
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nayan (gambar) mengesahkan satu laporan dibuat seorang bapa susulan video tular di media sosial membabitkan seorang guru tahfiz yang didakwa melakukan penderaan ke atas pelajar.- Gambar fail/BERNAMA
Polis mengesahkan satu laporan dibuat seorang bapa susulan video tular di media sosial membabitkan seorang guru tahfiz yang didakwa melakukan penderaan fizikal dan seksual ke atas pelajar di sebuah madrasah di sini, baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nayan ketika dihubungi berkata, kejadian di sebuah madrasah di Taman Seri Damai Aman, Jaya Gading, di sini membabitkan seorang guru lelaki berusia 46 tahun.
“Kira-kira jam 11 pagi 16 Mac lalu, pengadu melawat anak lelakinya berusia sembilan tahun di madrasah itu. Anak pengadu menceritakan sejak hari pertama masuk ke madrasah tersebut pada 1 Februari 2019, dia didera oleh seorang ustaz (Walid).
“Anak pengadu dirotan, dicubit, ditampar, dicium mulut, ketuk ketampi dan dimaki hamun.
“Kejadian terbaharu adalah pada 15 Mac lalu apabila anak pengadu dirotan di badan termasuk di belakang badan, kaki, tangan dan dicubit. Pengadu seterusnya membuat laporan polis,” katanya.
Othman berkata susulan laporan tersebut, polis menjalankan siasatan dan mendapati tempat kejadian merupakan sebuah surau yang diubah suai untuk dijadikan pusat tahfiz dan asrama pelajar.
Menurutnya, terdapat 19 berusia antara lapan hingga 15 tahun di tahfiz tersebut dan hanya terdapat seorang guru yang dikenali sebagai Walid.
“Berdasarkan keterangan dua mangsa berusia sembilan dan 11 tahun, semua pelajar pusat tahfiz akan dipukul oleh suspek menggunakan rotan jika mereka membuat kesalahan.
“Hasil pemeriksaan fizikal ke atas kedua-dua mangsa dapati terdapat kesan dirotan dan kesan cubitan pada badan.
"Suspek didapati melarikan diri setelah mengetahui laporan polis dibuat oleh keluarga mangsa,” katanya.
Othman berkata, polis kini memburu seorang ustaz yang juga guru di sebuah madrasah di Jaya Gading, di sini bagi membantu siasatan kes penderaan membabitkan pelajar di situ.
“Suspek berusia 46 tahun mempunyai dua rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 pada 2013 di Gedek, Melaka dan 2016 di Bachok,” katanya.
Topic Berkaitan
#Jaya Gading
#madrasah
#Othman Nayan
#penderaan fizikal dan seksual
#rekod jenayah lampau
#tahfiz
#Taman Seri Damai Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan