MALAYSIA

Pelajar tahfiz maut, kereta dipandu langgar lori muatan sawit

Bernama 14/12/2025 | 05:00 MYT
Keadaan di lokasi kejadian yang meragut nyawa Muhammad Fakhri Waqiuddin Basri, 22, dalam nahas kira-kira 11 malam tadi. -Foto JBPM
KUANTAN: Seorang pelajar tahfiz maut selepas kenderaan dipandunya bertembung dengan sebuah lori muatan sawit di KM60 Jalan Pekan-Rompin dekat Kampung Merchong, semalam.


Ringkasan AI
  • Seorang pelajar tahfiz maut selepas kenderaan bertembung dengan lori muatan sawit di KM60 Jalan Pekan-Rompin.
  • Muhammad Fakhri Waqiuddin Basri, 22 tahun, meninggal dunia di lokasi kejadian.
  • Siasatan menunjukkan kereta mangsa hilang kawalan dan melanggar lori bertentangan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata dalam kemalangan kira-kira 11 malam itu, Muhammad Fakhri Waqiuddin Basri, 22, yang beralamat di Indera Mahkota di sini meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Pekan menghala ke Rompin, manakala lori dipandu lelaki berusia 28 tahun dari bertentangan.

"Ketika di tempat kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar lori terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaidi berkata mayat pelajar itu telah dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan lima anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi, terlibat dalam operasi menggeluarkan mangsa yang tersepit sebelum petugas Kementerian Kesihatan kemudiannya mengesahkan kematian pelajar berkenaan.

Difahamkan, Muhammad Fakhri Waqiuddin sedang mengikuti Program Syahadah Al-Quran di Maahad Tahfiz Negeri Pahang.

-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah keputusan siasatan awal berkenaan kemalangan di KM60 Jalan Pekan-Rompin itu?
    A: Siasatan awal mendapati kereta mangsa hilang kawalan dan melanggar lori muatan sawit di laluan bertentangan.
  • Q: Siapakah yang terlibat dalam kemalangan tersebut?
    A: Muhammad Fakhri Waqiuddin Basri, seorang pelajar tahfiz berusia 22 tahun, maut dalam kemalangan tersebut.
  • Q: Apakah program yang diikuti oleh Muhammad Fakhri Waqiuddin sebelum kemalangan berlaku?
    A: Dia sedang mengikuti Program Syahadah Al-Quran di Maahad Tahfiz Negeri Pahang sebelum kemalangan meragut nyawanya.



#pelajar tahfiz maut #lori muatan sawit #Jalan Pekan-Rompin #Muhammad Fakhri Waqiuddin Basri