KEMAMAN: Terpaksa menggunakan papan luncur atau 'skateboard' untuk bergerak akibat menghidap sakit tulang belakang kronik sejak lahir.
Namun Nur Jannah Nazirah Mohamad Sukri, 7, dari Kampung Ibok, Kemaman, tidak sabar untuk memulakan sesi persekolahan yang akan bermula minggu depan.
Anak bongsu daripada dua beradik pasangan Mohamad Shukri Ab Rahman, 48, dan Siti Suhailah Md Nor, 36, ini turut menghidap penyakit jantung terbalik dengan kedudukanya di bahagian kanan dada.
Menurut Siti Suhailah, pelbagai usaha untuk mendapatkan bantuan sebelum ini menemui jalan buntu.
"Kita minta dengan kebajikan sosial hospital, hospital pun tolong, dia beritahu untuk minta pertolongan JKM, namun ditolak.
"Gaji ayah dia tidak tinggi mana, RM1,500 sahaja. Tiada pertimbangan, terus tolak," katanya.
Jelasnya, pendapatan suaminya yang bekerja sebagai penjaga stor hanya cukup untuk membeli lampin pakai buang serta keperluan harian.
Prihatin dengan nasib keluarga berkenaan, Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat menghulurkan bantuan kerusi roda khas bagi memudahkan Nur Jannah memasuki Tahun Satu Program Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran (PPKI) di Sekolah Kebangsaan Ibok, Kemaman.
"Bantuan Tabung Darul Iman ini saya akan tengok macam mana, tapi kita sudah beri sebuah kerusi roda.
"Saya akan tanya pada keluarga ini apa lagi yang diperlukan dan saya akan periksa dengan Tabung darul Iman," katanya.
Nur Fazlizai Ali
Sun Mar 20 2022
Nur Jannah Nazirah menerima kerusi roda bagi memudahkannya mengikuti sesi persekolahan. - Astro AWANI
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Polis siasat lelaki guna papan luncur di jalan raya
Lebih membahayakan, lelaki itu duduk serta berbaring di atas papan luncur dengan kenderaan berada di belakang, di hadapan serta di sebelah kanannya.
Pelajar Tahun Satu pesakit kronik teruja mula sesi persekolahan
Nur Jannah Nazirah terpaksa menggunakan papan luncur untuk bergerak akibat menghidap sakit tulang belakang kronik sejak lahir.
MSN rangka program khas Sukan Olimpik Paris 2024
Sukan baru seperti papan luncur masih belum boleh diberikan perhatian oleh MSN biarpun mendapat pendedahan meluas di dalam dan luar negara.
Remaja Malaysia maut semasa bermain papan luncur di Australia
Pasukan perubatan tiba di lokasi kejadian kira-kira 2.30 petang waktu tempatan.
Santa Claus dan papan luncur
Pernah lihat aksi Santa Claus bermain papan luncur?
66 peserta cipta rekod dunia luncur air gergasi
66 peluncur berkongsi satu papan luncur air gergasi dalam usaha memecah rekod Guinness.