KUALA LUMPUR: Teruja dan gembira, perkataan paling tepat bagi menggambarkan perasaan para pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) semasa proses pergerakan pulang ke kampus masing-masing untuk kembali mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka, bermula semalam.
Walaupun seronok dapat kembali ke kampus, prosedur operasi standard (SOP) yang ketat tetap dilaksanakan dan tidak dipandang remeh oleh pengurusan IPT bagi memastikan tiada sebarang penularan COVID-19 berlaku.
Ini termasuk melakukan saringan Ujian Pantas Antigen (RTK-Ag) ke atas semua pelajar sebelum mereka memasuki kampus atau asrama serta bersedia dengan segala persiapan sekiranya berlaku jangkitan.
Di KUALA LUMPUR, seramai 6,872 pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dari empat kampus iaitu Gombak, Kuantan, Pagoh dan Kuala Lumpur kembali ke kampus masing-masing bermula semalam.
Rektornya Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata pihak pengurusan universiti amat menitikberatkan keselamatan dan kesejahteraan pelajar bagi memastikan proses pembelajaran berjalan lancar.
"Dari segi persediaan kita sudah buat segala persiapan untuk menyediakan tempat kuliah dan pembelajaran yang selamat supaya kesihatan mereka terjaga. Sekarang kita kena lihat perkara ini sebagai endemik, kita akan buka (kampus) secara berperingkat untuk balik semula seperti sedia kala.
"Ini kerana pembelajaran secara bersemuka lebih berkesan berbanding dalam talian," katanya ketika ditemui Bernama di Kolej Marhalah Aminah, UIAM, di sini.
Seorang pelajar jurusan Pengajian Agama Usul Fiqh Nur Afizah Hamzah, 21, berkata beliau teruja bakal memulakan sesi pembelajaran secara bersemuka setelah lebih setahun belajar secara dalam talian susulan COVID-19.
"Rasa lega dapat pulang ke kampus kerana fasiliti di sini serba lengkap berbanding belajar di rumah yang ada limitasi tertentu. Jadi, sudah tentu saya rasa gembira dapat pulang semula ke kampus untuk teruskan pembelajaran secara fizikal," katanya.
Di SELANGOR, pergerakan kira-kira 6,400 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ke kampus teratur dan mematuhi SOP ditetapkan.
Pengetua Kolej Mawar Dr Norhasnida Nordin berkata bagi kemasukan sesi Oktober 2021, hanya 50 peratus pelajar dibenarkan masuk ke dalam kampus dengan setiap orang diperiksa status vaksinasi mereka bagi memastikan tiada risiko penularan COVID-19.
Seorang pelajar dari Fakulti Sains Gunaan Muhammad Alif Naqiuddin Mohd Adzha, 20, berasa sangat gembira apabila dibenarkan kembali ke kampus kerana dapat bertemu semula dengan rakan-rakan setelah lebih setahun tidak bersua muka.
Di NEGERI SEMBILAN, kira-kira 800 daripada 2,445 pelajar baharu dan berkeperluan khas Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendaftar masuk ke kolej kediaman secara berperingkat bermula semalam.
Naib Canselornya, Prof Datuk Mohamed Ridza Wahiddin berkata pelajar tersebut merupakan kumpulan pertama yang mendaftar bagi fasa pertama bermula semalam sehingga Isnin depan (18 Okt).
Sementara itu, di MELAKA kemasukan 4,240 pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bagi sesi pembelajaran secara fizikal dilaksanakan dalam empat fasa.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajarnya Datuk Sabri Mohamad Sharif berkata kemasukan secara berperingkat itu bagi mengelak kesesakan serta memudahkan setiap SOP ditetapkan dipantau dan dilaksanakan dengan teratur.
Di JOHOR, walaupun terpaksa belajar dalam keadaan pandemik yang masih belum reda, suasana di kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini semalam penuh dengan kelegaan dan keterujaan bagi pelajar meneruskan sesi PdP di kampus.
"Saya sangat gembira dan teruja kerana selain dapat kembali belajar bersama dengan rakan-rakan, saya juga ingin lakukan yang terbaik memandangkan ini tahun terakhir saya di UTM. Jadi, saya perlu fokus dan pastikan markah saya elok terutama dalam projek terakhir saya," kata Natasya Azman, 22, pelajar tahun akhir jurusan biologi.
Beralih ke utara tanah air, pergerakan pelajar IPT di Politeknik Seberang Perai di PULAU PINANG dan Universiti Utara Malaysia (UUM) di KEDAH juga berjalan lancar mengikut SOP ditetapkan.
Seramai 500 pelajar Politeknik Seberang Perai dan kira-kira 3,000 pelajar lama dan baharu UUM kembali secara berperingkat ke institusi pengajian masing-masing, dengan fasa pertama bagi UUM melibatkan 800 pelajar dari zon utara.
Pengarah Politeknik Seberang Perai Harith Fadzilah Abd Khalid berkata bagi memastikan proses kemasukan pelajar ke kampus berjalan lancar, 50 orang urus setia terdiri daripada 20 pegawai dan 30 pelajar dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) institusi tersebut ditugaskan menyelia serta memantau SOP terus dipatuhi.
"Selain itu, pihak kami juga telah menubuhkan Jawatankuasa COVID-19 yang akan mengawal dan memantau proses kemasukan pelajar dengan lebih efisien," katanya.
Bernama
Fri Oct 15 2021
Gelagat keluarga yang hadir ketika tinjauan selaras pengumuman KPT di mana pelajar dibenarkan kembali ke IPT bermula 15 Okt secara berperingkat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 15 Okt, 2021. --fotoBERNAMA
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Banjir: Lebih 1,000 sukarelawan digerakkan ke tiga negeri - KSN
Lebih 1,000 sukarelawan terdiri penjawat dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) awam digerakkan ke tiga negeri bagi membantu penduduk terjejas banjir.
JPJ perluas MyLesen B2 kepada pelajar IPT, kolej awam dan sekolah
Ia selaras dengan hasrat Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk membantu penuntut IPT dan golongan pelajar berusia 16 tahun ke atas mendapatkan lesen motosikal.
Subsidi RM300 pelajar IPT dalam Sabah pulang ke kampung - Hajiji
Hajiji berkata, kerajaan negeri yang sentiasa mendengar keluhan rakyat akan menunaikan hasrat pelajar yang meminta bantuan sekali bayar itu.
Kementerian Pendidikan Tinggi minta IPT buat persediaan hadapi banjir
Beliau yakin IPT di kawasan sering terjejas banjir seperti di pantai timur mempunyai keupayaan terbaik untuk berbuat demikian.
MATEC 2024: Peluang anak muda terokai industri automotif
Tinjaun Astro AWANI mendapati anak-anak muda menyifatkan MATEC 2024 sebagai platform untuk mempelajari selok-belok industri automotif.
Lebih RM96 juta baucar buku ditebus setakat ini - Wong
Sejumlah RM96.7 juta peruntukan membabitkan pemberian baucar buku bagi pelajar tahap dua sekolah rendah, sekolah menengah sehingga peringkat IPT sudah ditebus setakat hari ini.
Pendidikan Malaysia berkembang dengan penekanan terhadap Industri 4.0
Perkembangan ini penting untuk menetapkan hala tuju masa depan IPT di negara ini dan menyelaraskannya dengan aspirasi negara.
PNB, ASNB bakal lancar inisiatif Celik Kewangan Belia MADANI - PM Anwar
Program itu dibiayai dengan dana awal RM50 juta yang dibahagikan sama rata antara PNB, syarikat korporat dan kerajaan.
Kementerian Pendidikan Tinggi teliti kursus pengajian IPT agar tidak bertindih
Ia akan dibincangkan segera termasuk dalam mesyuarat pasca kabinet, supaya dapat menangani isu kekurangan pelajar dan bebanan kos.