awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar Tingkatan 2 dikhuatiri lemas terjatuh Sungai Perak

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/05/2023
04:40 MYT
Pelajar Tingkatan 2 dikhuatiri lemas terjatuh Sungai Perak
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa telah diaktifkan selepas menerima aduan daripada bapanya. - Gambar/ Astro AWANI
TELUK INTAN: Seorang pelajar Tingkatan Dua dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Perak berhampiran jeti Kampung Terengganu, di sini, pada Jumaat.
Mangsa yang dikenali sebagai V Johnson, 14, dipercayai terjatuh selepas pakaian dan begnya ditemui berdekatan jeti berkenaan kira-kira jam 7.30 petang.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah diaktifkan selepas menerima aduan daripada bapa mangsa.
"Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) diaktifkan berdekatan kawasan kejadian pada jam 9.30 malam.
"SAR diteruskan jam 7.30 pagi membabitkan pasukan PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan orang tempatan," katanya di sini, hari ini.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, operasi diteruskan merangkumi radius pencarian tujuh kilometer dari lokasi terakhir mangsa dipercayai jatuh.
"Bantuan daripada Unit Anjing Pengesan (K9) juga diatur gerak dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA)," katanya.
Topic Berkaitan
#remaja lemas
#sungai perak
#Kampung Terengganu
#operasi sar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan