awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar Tingkatan 4 dirogol buruh, bapa tiri jadi dalang

Sinar Harian
Sinar Harian
20/01/2024
11:40 MYT
Pelajar Tingkatan 4 dirogol buruh, bapa tiri jadi dalang
Kejadian dipercayai berlaku di rumah mangsa di Kemaman pada awal Januari lalu. - Gambar hiasan
KEMAMAN: Seorang buruh ditahan selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, suspek lelaki warga tempatan berusia 18 tahun itu ditahan selepas menerima laporan daripada mangsa berhubung perbuatan terkutuk tersebut.
"Berdasarkan laporan, kejadian berlaku di rumah mangsa di daerah ini pada awal Januari lalu.
"Susulan itu, mangsa memberitahu kakaknya sebelum laporan polis dibuat di Balai Polis Chukai pada jam 1.20 pagi Sabtu.
"Sebaik sahaja menerima laporan, polis telah menahan suspek di tepi jalan kira-kira 1.30 pagi tadi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Hanyan berkata, pihaknya turut menahan bapa tiri mangsa yang merupakan dalang kejadian tersebut.
Katanya, lelaki berusia berusia 32 tahun itu ditahan kira-kira jam 2 pagi tadi di rumah mangsa.
Hanyan berkata, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman esok untuk dapatkan perintah tahanan reman. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes rogol
#bapa tiri
#terengganu
#pelajar mangsa rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan