awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar Tingkatan 5 dalam perjalanan ke sekolah maut dihempap pokok tumbang

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
06/08/2024
06:33 MYT
Pelajar Tingkatan 5 dalam perjalanan ke sekolah maut dihempap pokok tumbang
Mangsa yang berusia 17 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada badan. - Gambar hiasan
SIK: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Lima maut dihempap pokok ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Charuk Sireh, di sini pada Selasa.
Muhammad Assif Md Zahid, 17, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada badan.
Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintenden Abdull Razak Osman berkata, kejadian itu diketahui ibu manga yang berusia 46 tahun selepas dihubungi suaminya pada jam 7.44 pagi tadi.
“Ketika itu ibu mangsa yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan dalam perjalanan dari Felda Teloi Timur ke tempat kerjanya di Sungai Petani.
"Suaminya meminta untuk berpatah balik dan memaklumkan berhubung kejadian yang menimpa anak mereka.
"Kemudian sebaik tiba di lokasi, ibu mangsa berselisih dengan kereta suaminya dan terus mengikut suaminya ke Hospital Sik.
"Setibanya di hospital, suaminya memaklumkan bahawa anak mereka meninggal dunia akibat dihempap pokok sewaktu dalam perjalanan ke sekolah," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Abdull Razak berkata, mayat kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Sik untuk bedah siasat.
Katanya, siasatan awal yang dilakukan di tempat kejadian mendapati tiada kesan jenayah atau khianat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Topic Berkaitan
#pelajar sekolah
#maut dihempap pokok
#perjalanan ke sekolah
#sik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan