MALAYSIA
Pelajar tingkatan empat ditemukan pengsan, dipercayai dipukul dalam tandas asrama
Seorang pelajar direman tiga hari untuk membantu siasatan memukul seorang pelajar hingga pengsan. - Foto Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Seorang pelajar lelaki tingkatan empat sebuah sekolah di sini ditemui pengsan dan mengalami kecederaan lebam di badan selepas mendakwa dibelasah empat rakan sekolah Isnin lalu.
Ringkasan AI
Mangsa berusia 16 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di dalam tandas sekolah berkenaan pada pukul 9 pagi oleh seorang guru yang kemudian bertindak menghantar pelajar berkenaan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda,Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, sebaik dimaklumkan kejadian menimpa anaknya, ibu pelajar terbabit membuat laporan polis berkaitan kejadian.
"Hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku pada pukul 12.10 pagi Isnin di dalam dom asrama sekolah berkenaan.
"Mangsa dikatakan telah memburukkan seorang kawannya di hadapan pelajar lain sebelum empat pelajar yang tinggal satu asrama dengannya bertindak memukulnya," katanya.
Menurut Hanyan, selepas dipukul mangsa yang mengalami kecederaan masih sedarkan diri sebelum rebah dan pengsan ketika sedang membersihkan diri di dalam tandas.
"Hasil laporan ibu mangsa, kita menahan tiga pelajar lelaki berumur 16 tahun dan seorang pelajar lelaki berumur 17 tahun yang didakwa terlibat dalam kejadian itu petang semalam.
"Selepas permohonan reman dipohon, Majistret Nor Fazlina Musa hanya membenarkan pelajar lelaki berumur 17 tahun sahaja direman selama tiga hari bermula hari ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 507B kanun sama,manakala tiga pelajar lagi dibebaskan," katanya.
Ringkasan AI
- Seorang pelajar lelaki tingkatan empat ditemui pengsan dan lebam badan selepas disyaki dibelasah empat rakan sekolahnya.
- Kejadian berlaku di dalam dom asrama sekolah pada pukul 12.10 pagi Isnin lalu, ketika mangsa didakwa memburukkan kawannya di hadapan pelajar lain sebelum dipukul.
- Tiga pelajar lelaki berumur 16 tahun dan seorang berumur 17 tahun ditahan, dengan seorang reman selama tiga hari bagi membantu siasatan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 507B Kanun yang sama.