MALAYSIA
Pelajar Tingkatan Empat maut nahas motosikal di Shah Alam, rakan cedera parah
Mangsa yang menunggang motosikal mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya yang membonceng mengalami kecederaan di leher dan kaki. -Foto IPD Shah Alam
SHAH ALAM: Seorang pelajar Tingkatan Empat maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan dalam kejadian di Persiaran Sukan, Seksyen 13, di sini, Jumaat malam.
Ringkasan AI
Kejadian kira-kira jam 9.45 malam itu menyebabkan mangsa yang menunggang motosikal mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya yang membonceng mengalami kecederaan di leher dan kaki.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian kira-kira jam 9.45 malam itu berlaku ketika kedua-dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, di sini, sedang dalam perjalanan dari arah Bulatan Sukan menghala ke pasar raya besar Giant.
"Setibanya berhampiran premis Ramly Mart, motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggangi mangsa hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan, menyebabkan kedua-duanya tercampak ke atas jalan," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Sabtu.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Perubatan Forensik Hospital Shah Alam untuk bedah siasat, manakala rakannya dibawa ke hospital sama dengan ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mohd Iqbal turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Abdul Nasser Peping di talian 012-2863875 atau menghubungi mana-mana balai polis terdekat.
Ringkasan AI
- Seorang pelajar Tingkatan Empat maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Persiaran Sukan, Seksyen 13, Shah Alam pada malam 4 Julai 2025.
- Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya cedera di leher dan kaki serta menerima rawatan di Hospital Shah Alam.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Abdul Nasser Peping di talian 012-2863875 atau balai polis terdekat.