MALAYSIA
Pelajar tingkatan empat mengaku liwat junior di asrama
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. - Gambar hiasan
PERAK TENGAH: Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah berasrama di Kampung Gajah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Parit pada Rabu atas 14 pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap rakan sekolahnya antara Oktober dan November lalu.
Ringkasan AI
Tertuduh yang berusia 16 tahun, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai.
Turut didakwa di mahkamah sama, tiga rakannya tetapi mereka mengaku tidak bersalah bagi empat pertuduhan yang dihadapi.
Mengikut pertuduhan, tertuduh pertama yang merupakan pelajar tingkatan empat, didakwa bagi 10 pertuduhan iaitu dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun.
Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah bilik asrama sebuah sekolah menengah di Kampung Gajah, dalam daerah Perak Tengah pada pukul 11 malam antara 3 hingga 27 November lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Pelajar itu turut didakwa bersama tiga rakannya melakukan kesalahan serupa ke atas mangsa di lokasi sama antara pukul 12 hingga 12.30 tengah malam pada 30 Oktober 2025 selain 1 dan 30 November lalu.
Dalam prosiding sama, kesemua remaja itu turut didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa di lokasi sama pada pukul 12.30 tengah malam, 30 November 2025.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd Ameerul Nazhif Wan Zulfikri manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM5,500 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh pertama dan menetapkan 10 Februari depan untuk tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan akhlak.
Manakala bagi tiga pelajar lain yang tidak mengaku bersalah, mahkamah membenarkan jaminan RM2,000 setiap seorang dan sebutan semula kes ditetapkan pada tarikh sama untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.
Ringkasan AI
- Seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah berasrama Kampung Gajah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Parit atas 14 pertuduhan persetubuhan luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap rakan sekolah antara Oktober dan November lalu.
- Tertuduh berusia 16 tahun membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan, manakala tiga rakan didakwa tetapi mengaku tidak bersalah bagi empat pertuduhan yang dihadapi.
- Kesemua remaja itu didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan; mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes untuk kedua-dua pihak.