awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar Tingkatan Enam didakwa bunuh rakan

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
16/11/2020
03:19 MYT
Pelajar Tingkatan Enam didakwa bunuh rakan
Siti Nur Athirah yang memakai pakaian lokap berwarna ungu dan bertudung hitam tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 9.40 pagi. - Astro AWANI
MARANG:Seorang pelajar Tingkatan Enam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakannya sendiri.
Tertuduh, Siti Nur Athirah Azmi, 19 tahun, berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Siti Nur Surya Ismail, 19 tahun.
Perbuatan itu dilakukan pada 1 November lalu di sebuah rumah di Kampung Lubuk Batu, Jalan Bukit Tadok, Telemong antara jam 8.30 pagi dan 9.30 pagi.
Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan.
Mahkamah menetapkan 10 Januari 2021 sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Kuala Berang.
Tiada sebarang jaminan ditawarkan terhadap tertuduh.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amer Abu Bakar Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Mazlan Md Zain.
Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap berwarna ungu dan bertudung hitam tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 9.40 pagi.
Beberapa ahli keluarga tertuduh, termasuk ayah dan ibunya, turut berada di perkarangan mahkamah berkenaan.
Pada 1 November lalu Siti Nur Surya ditemui mati, dipercayai dibunuh, dalam kejadian samun di Kampung Lubok Batu, Telemong, Hulu Terengganu.
Mangsa dibunuh kejam dengan kesan tikaman dipercayai akibat senjata tajam di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.
Susulan kejadian itu, polis menahan seorang remaja perempuan pada keesokan harinya selepas dia tampil ke balai dengan ditemani ibunya kononnya untuk membantu siasatan.
Bagaimanapun, hasil keterangan diberinya didapati mencurigakan lalu dia ditangkap untuk siasatan lanjut.
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#rakan sekolah
#telemong
#Tingkatan Enam
#pelajar
#mahkamah
#mangsa
#suspek
#tikam
#siasatan
#mati
#polis
#senjata tajam
#Hulu Terengganu
#Marang
#tetak rakan
#Tingkatan 6
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan