MELAKA: Kegembiraan seorang pelajar sekolah menyambut tahun baharu bersama rakannya tidak berpanjangan selepas maut dalam kemalangan di Jalan Tun Abdul Razak, di sini pada pagi ini.
Dalam kejadian lebih kurang jam 4.40 pagi, mangsa Mohamad Farhan Hakimi Mohd Rasidi,19, yang juga pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Chiristopher Patit berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR datang dari arah jejambat Kota Cemerlang menuju ke arah Lampu Isyarat Taman Muzaffar Shah.
Menurutnya, mangsa secara tiba-tiba menukar ke lorong kanan untuk memintas motosikal jenis Yamaha 135LC yang ditunggang rakannya berusia 17 tahun sebelum kedua-duanya bergesel sesama sendiri.
"Impak kemalangan itu motosikal Y15ZR mangsa telah terbabas menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan raya.
"Bagaimanapun rakannya yang bersekolah lain dan beralamat di Taman Muzaffar Shah sempat mengawal motosikal dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Tambahnya, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan notis Pol 61 dikeluarkan bagi mengetahui punca kematian.
"Polis meminta saksi kejadian sekiranya ada untuk tampil membantu kes yang disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 01 2024
Mohamad Farhan Hakimi (gambar kecil) disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian nahas melibatkan motosikal bergesel di Jalan Tun Abdul Razak, Melaka, pagi ini. - Foto Sinar Harian
Sejuta ahli KWSP buat caruman sukarela cecah RM11.16 bil setakat Okt 2024 - Amir Hamzah
Dalam tempoh sama, seramai 288,000 ahli aktif formal KWSP juga telah mencarum melebihi kadar berkanun iaitu 11 peratus.
“Biar dia buat kerja komuniti, biar orang nampak ni muka suka buli orang” - YB Rasah
Ahli Parlimen Rasah mencadangkan kerajaan untuk mempertimbangkan menambah khidmat masyarakat selain daripada membayar denda dan penjara untuk hukuman kepada pembuli siber
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Pembangunan perumahan mesti penuhi aspek manusiawi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek perumahan khususnya rumah mampu milik, mesti memenuhi aspek manusia dan keperluan asas rakyat.
Istana Pahang nafi istiadat perkahwinan babitkan Tengku Hassanal
Hantaran yang dimuat naik pengguna platform Instagram dengan nama Faridah Daud (faridah.daud_l) itu menyaksikan wanita berkenaan menerangkan majlis perkahwinannya bersama Tengku Hassanal.
Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.
PDRM siap sedia hadapi gelombang banjir seterusnya - Ayob Khan
PDRM bersiap siaga bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya melibatkan beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang.
Badut belon didakwa rogol, cabul remaja
Seorang badut belon dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan November tahun lalu.
Jalan di Gua Musang digenangi air, terputus hubungan
Hujan berlanjutan selama sehari sejak petang Isnin menyebabkan beberapa laluan jalan dan jambatan di daerah Gua Musang, Kelantan terputus hubungan apabila dilimpahi banjir.
"Saya tak boleh jawab untuk menghormati mahkamah" - PM
"Saya tertakluk...saya boleh jawab... bagi masa lepas mahkamah. Saya akan bawa datang sini untuk jawab," tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya YB Kota Bharu tentang Titah Adendum.
Pelajar perempuan Tingkatan Enam maut, kereta dipandu terbabas
Mangsa, Nur Ain Alia Mohamad Arep, 19, meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku pada jam 12.45 tengah hari.