[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
NATIONAL

Pelajar tingkatan tiga maut diseret lori

Astro Awani 06/03/2018 | 01:45 MYT
Mangsa yang menunggang dalam perjalanan dari rumahnya di perumahan Taman Rakyat menuju ke rumah neneknya di Batu 48. - Astro AWANI
Seorang pelajar tingkatan tiga maut diseret sejauh 20 meter dalam nahas jalan raya di Jalan Gong Pasir, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.00 petang, mangsa Nur Syuhaiba Shafiee, 15 yang menunggang motosikal bersendirian dirempuh dan diseret oleh sebuah lori sarat membawa muatan kanji.
Mangsa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balai Besar meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan dari rumahnya di perumahan Taman Rakyat menuju ke rumah neneknya di Batu 48.
Keadaan motosikal mangsa yang terseret hampir 20 meter oleh lori. - Astro AWANI
Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian lori yang dipandu lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai gagal mengelak mangsa yang inin memasuki simpang sebelah kanan lalu bergesel.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supritendan Baharuddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat dan urusan pengebumian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987 .
#Baharuddin Abdullah #diseret #Dungun #Jalan Gong Pasir #kemalangan #maut #SMK Balai Besar