MALAYSIA
Pelajar UM maut terjatuh: Polis sahkan tiada saksi lihat kejadian
Jenazah Ahmad Arif Zawir selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mutmainnah Cahaya Masai, Pasir Gudang pada petang Sabtu. - Foto Sinar Harian
PETALING JAYA: Tiada saksi dikenal pasti melihat kejadian seorang penuntut maut selepas dipercayai terjatuh di kolej kediamannya di Universiti Malaya (UM) pada Jumaat lalu.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, siasatan dijalankan mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari tempat tinggi di bangunan empat tingkat berkenaan.
“Siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kes ini. Selain itu, polis turut mendapati tiada saksi yang melihat ketika kejadian.
“Polis telah mula merakam keterangan melibatkan rakan-rakan serta ahli keluarga mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurutnya, sebarang perkembangan berkaitan kes ini akan dimaklumkan.
Terdahulu, media melaporkan tiada unsur jenayah dikesan berkaitan kes seorang penuntut maut selepas dipercayai terjatuh di kolej kediamannya di Universiti Malaya (UM).
Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di bahagian kepala akibat jatuh dari tempat tinggi.
Selain itu, mangsa juga didapati mengalami kecederaan di bahagian dada serta tiada kesan jerutan atau sebarang unsur jenayah.
Media sebelum ini melaporkan seorang penuntut maut selepas dipercayai terjatuh di kolej kediamannya di sini pada Jumaat.
Shamsudin berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 3.15 petang dan melibatkan seorang penuntut lelaki berusia 22 tahun.
Beliau berkata, mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan disahkan meninggal dunia pada jam 4.25 petang oleh pegawai perubatan hospital berkenaan.
Jenazah Allahyarham Ahmad Arif Zawir Mohd Ali, pelajar tahun akhir Jabatan Fiqh Usul dan Sains Gunaan, Akademi Pengajian Islam UM itu juga selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mutmainnah Cahaya Masai, di sini pada petang Sabtu. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Ahmad Arif Zawir Mohd Ali, pelajar tahun akhir UM, disahkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari bangunan kolej kediaman empat tingkat.
- Polis mengesahkan tiada saksi melihat kejadian dan hasil bedah siasat menunjukkan kecederaan akibat jatuh tanpa kesan jenayah atau jerutan.
- Polis sedang merakam keterangan daripada rakan dan keluarga mangsa, dengan perkembangan lanjut akan dimaklumkan.