MALAYSIA
Pelajar undang-undang didakwa lakukan khianat, sebabkan kematian warga emas
Chew Hong Joe, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rahimah Abd Majid. - Foto Sinar Harian
SEGAMAT: Seorang pelajar jurusan undang-undang di sebuah universiti swasta hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas lima pertuduhan melakukan khianat dengan api dan satu pertuduhan menyebabkan kematian seorang warga emas pada Julai lepas.
Chew Hong Joe, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rahimah Abd Majid.
Dia didakwa menggunakan minyak petrol dengan niat untuk menyebabkan kerosakan pada harta iaitu lima buah rumah mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda, jika sabit kesalahan.
Chew turut didakwa menyebabkan kematian Tan Ah Gek, 72, mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Tertuduh didakwa melakukan semua kesalahan itu di Jalan Francis Khoo, Kampung Bukit Siput, Segamat, Johor pada 4 pagi 25 Julai lepas.
Di mahkamah berasingan, Chew yang berdepan pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap dua individu dengan menampal notis pada pagar rumah dan rumah sembahyang, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret A. Dhilip Nair.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan di Jalan Ria, Taman Ria, Segamat antara 4 hingga 6.45 pagi pada 25 Julai lepas.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid dan Nur 'Aina Muhammad Ismail Tadj manakala tertuduh diwakili peguam Harcharanjit Singh.
Kedua-dua mahkamah menetapkan 29 Sept ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen.
Mahkamah Sesyen tidak membenarkan Chew diikat jamin manakala jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dibenarkan oleh Mahkamah Majistret bagi kedua-dua pertuduhan yang dihadapinya.
-- BERNAMA