MALAYSIA
Pelajar undang-undang perlu seimbang teori, amali untuk jadi peguam kompeten - Ketua Hakim Negara
Wan Ahmad Farid (kiri) bercakap pada Program Syarahan Perdana Ketua Hakim Negara anjuran Fakulti Undang-Undang UiTM di Dewan Konsert Seri Budiman, UiTM Shah Alam, 9 Dis 2025. --fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Pelajar fakulti undang-undang disaran menggabungkan pembelajaran teori di universiti dengan pengalaman praktikal melalui penyertaan dalam latihan industri bagi melahirkan siswazah yang lebih bersedia menghadapi realiti profesion guaman.
Ringkasan AI
Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata secara asasnya sukatan pelajaran pengajian undang-undang di universiti sama ada di dalam atau luar negara menekankan aspek teori, manakala kemahiran amali hanya terbentuk atau dikuasai menerusi pendedahan di lapangan.
Beliau berkata dalam hal itu, pelajar undang-undang perlu memanfaatkan cuti semester dengan menyertai program latihan industri di firma guaman, jabatan kerajaan serta mahkamah, termasuk Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret sebagai platform awal memahami proses serta etika amalan perundangan.
"Sukatan pelajaran undang-undang di universiti, sama ada di Malaysia, England atau New Zealand, pada asasnya memberi tumpuan kepada aspek teori, manakala kemahiran praktikal hanya benar-benar dikuasai ketika menjalani latihan dalam kamar.
"Aspek seni berhujah dan advokasi ini tidak diajar sepenuhnya menerusi sukatan pelajaran di universiti dan ia hanya boleh dipelajari menerusi pengalaman, pemerhatian dan pengajaran secara langsung di lapangan sebenar," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab selepas menyampaikan Syarahan Perdana Ketua Hakim Negara bertajuk "Hakim Sebagai Pembina Negara: Menggabungkan Bakat, Ilmu dan Nilai Dalam Memartabatkan Keadilan" di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini pada Selasa.
Program Syarahan Perdana Kehakiman 2025 anjuran Fakulti Undang-Undang UiTM dengan kerjasama Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan yang disertai 444 pelajar tahun akhir Fakulti Undang-Undang UiTM itu turut dihadiri Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Azizah Nawawi, tiga Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, Datuk Azimah Omar dan Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin.
Wan Ahmad Farid berkata tiada fakulti yang memiliki sukatan pelajaran sempurna untuk menyediakan peguam yang lengkap, namun gabungan penguasaan teori serta pengalaman praktikal mampu melahirkan pengamal undang-undang yang lebih kompeten dan berdaya saing.
Beliau turut menyentuh mengenai kecenderungan kebanyakan peguam muda ketika ini yang hanya hadir ke mahkamah untuk menguruskan kes mereka sebelum beredar tanpa memanfaatkan peluang berkenaan memerhati peguam berpengalaman berhujah bagi menambah ilmu.
"Pemerhatian secara langsung terhadap peguam berpengalaman ketika mengendalikan kes di mahkamah merupakan medium pembelajaran yang sangat berharga dalam memantapkan lagi teori yang dipelajari di universiti," katanya.
Sementara itu, Shahrin menzahirkan penghargaan kepada badan kehakiman kerana terus menyokong pembangunan akademik dan profesional mahasiswa undang-undang UiTM, dan kehadiran Ketua Hakim Negara bersama barisan kepimpinan tertinggi badan kehakiman merupakan penghormatan besar kepada universiti itu.
"Syarahan ini bukan sahaja memperkukuh hubungan strategik antara UiTM dan institusi kehakiman, tetapi juga membentuk kefahaman mahasiswa mengenai integriti, kebijaksanaan dan amanah kehakiman dalam pembinaan negara bangsa," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pelajar fakulti undang-undang disarankan menggabungkan pembelajaran teori dengan pengalaman praktikal melalui penyertaan dalam latihan industri bagi melahirkan siswazah yang lebih bersedia menghadapi realiti profesion guaman.
- Sukatan pelajaran undang-undang di universiti menekankan aspek teori, manakala kemahiran amali hanya terbentuk melalui pendedahan di lapangan seperti program latihan industri di firma guaman dan mahkamah.
- Kecenderungan peguam muda hadir ke mahkamah hanya untuk menguruskan kes sebelum beredar tanpa memanfaatkan peluang memerhati peguam berpengalaman berhujah, memberi impak kepada pembangunan kompetensi peguam yang lebih berdaya saing.