awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar UniMAP maut terjatuh dari tingkat tujuh asrama pelajar

Bernama
Bernama
19/04/2017
13:25 MYT
Pelajar UniMAP maut terjatuh dari tingkat tujuh asrama pelajar
Goh Xin Li maut setelah terjatuh dari tingkat tujuh kolej kediaman UniMAP di Kampus Uniciti Alam Sg Chuchuh hari ini, 19 April, 2017. --fotoBERNAMA
Seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terbunuh setelah dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh bangunan Kolej Kediaman Pelajar Kampus Uniciti Alam, Sungai Chuchuh di sini, tengah hari ini.
Goh Xin Li, 21, pelajar tahun satu bidang ''Machining'' kampus tersebut, meninggal dunia di tempat kejadian, kata Ketua Polis Perlis Datuk Ab Rashid Ab Wahab.
Beliau berkata pelajar dari Pulau Pinang itu dilaporkan cuba memasuki rumah yang didiami bersama tujuh lagi rakannya melalui beranda untuk mengambil kunci rumah yang tertinggal di dalam biliknya dan dipercayai tergelincir lalu terjatuh.
Mayat pelajar itu ditemui tertiarap di atas lantai oleh seorang pelajar lagi UniMAP, Soon Pau Hong, 23, yang kebetulan lalu di lokasi kejadian kira-kira pukul 2.45 petang, kata Ab Rashid kepada pemberita di sini.
Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal yang ditemui di bilik mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan UniMAP yang membuat pemeriksaan sebelum mayat mangsa dihantar ke HTF untuk dibedah siasat.
Katanya keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.
"UniMAP akan membantu menguruskan mayat Xin Li termasuk menghantar ke Pulau Pinang," kata Zul Azhar. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ab Rashid Ab Wahab
#Goh Xin Li
#Hospital Tuanku Fauziah
#jatuh
#Kolej Kediaman Pelajar
#meninggal dunia
#UniMAP
#Universiti Malaysia Perlis
#Zul Azhar Zahid Jamal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan