awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar universiti paling ramai diperalat sindiket penipuan - Polis Selangor

Bernama
Bernama
24/11/2018
23:22 MYT
Pelajar universiti paling ramai diperalat sindiket penipuan - Polis Selangor
Golongan terbabit menjadi mangsa kerana ada antara mereka yang memerlukan wang segera. - Gambar hiasan
Polis Selangor pada Sabtu mendedahkan golongan pelajar universiti adalah antara paling ramai menjadi alat sindiket penipuan komersil di negeri itu apabila membenarkan nama mereka digunakan untuk membuka akaun bank bagi tujuan penipuan seperti 'Macau Scam'.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Selangor ACP Harjinder Kaur Gurdial Singh berkata golongan terbabit mudah menjadi mangsa kerana ada antara mereka yang memerlukan wang segera.
"Mereka yang bersetuju akan diberikan RM2,500 setelah membuka akaun bank dan menyerahkan kad mesin juruwang automatik (ATM) kepada ejen sindiket.
"Ini adalah satu kesalahan besar apabila membenarkan pihak lain menggunakan akaun sendiri dan boleh didakwa kerana bersubahat," katanya kepada pemberita selepas program kepolisan masyarakat JSJK Selangor, di sini.
Katanya ada antara mereka yang membuka sehingga enam akaun bank berlainan.
"Hasil siasatan mendapati setiap akaun itu digunakan sehingga 20 kali transaksi bagi pemindahan wang daripada mangsa sindiket penipuan termasuk Macau Scam.
"Alasan yang sering digunakan oleh pemilik asal akaun ialah kad ATM mereka hilang namun tidak boleh diterima kerana tiada laporan dan telah berlaku transaksi dalam akaun didaftarkan atas nama mereka," katanya.
Menurutnya selain pelajar universiti, sindiket turut menyasarkan golongan pesara, penganggur dan penagih dadah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenayah
#Macau Scam
#mangsa penipuan
#PDRM
#pelajar universiti
#Polis Selangor
#sindiket penipuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan