Pelajar tingkatan tiga dari Seberang Takir, Kuala Nerus yang nekad berhenti sekolah selepas video yang memaparkan dirinya dipaksa mencium kaki seorang perempuan menjadi viral di laman sosial baru-baru ini akan kembali bersekolah pada minggu depan.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pelajar perempuan yang dikenali sebagai Mia itu akan menyambung semula pelajaran yang terkandas di sebuah sekolah di Kemaman dan pihak Yayasan Terengganu (YT) telah diarah menguruskan perkara tersebut termasuk berkaitan soal asrama.
Beliau yang sempat meluangkan masa bertemu pelajar itu di rumahnya Sabtu lalu mendapati anak yatim berkenaan menunjukkan minat yang tinggi untuk belajar bagaimanapun terhalang akibat rasa malu diejek rakan-rakan.
"Saya terkejut bila dimaklumkan tentang kes pelajar berhenti sekolah, saya tidak boleh berkompromi dalam isu pendidikan lebih-lebih lagi kejadian ini berlaku di kawasan saya, Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir.
"Sebagai jaminan untuk Mia, saya juga minta pihak YT membuat pemantauan di samping memberi makluman awal kepada pihak sekolah agar kita dapat mengelak sebarang gangguan terhadapnya kerana kita tidak mahu kejadian di luar dugaan berulang lagi," katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Wanita peringkat negeri di sini hari ini.
Turut hadir isterinya Toh Puan Seri Halina Zakaria; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof serta Pengarah Pembangunan Wanita negeri, Saharuddin Mohd Kia.
Dalam kejadian pada 8 dan 9 September lalu, Mia mendakwa beliau dipaksa melakukan perbuatan tersebut setelah dipaksa oleh ibu kepada perempuan berkenaan selepas berlaku perselisihan faham di antara mereka.
Sementara itu, Ahmad Razif turut meminta kedua-dua pihak khususnya ahli keluarga menyelesaikan permasalahan secara murni sekali gus menjernihkan keadaan.
Bernama
Tue Sep 22 2015
Pelajar itu akan menyambung semula pelajaran yang terkandas di sebuah sekolah di Kemaman. -Gambar Youtube
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Kes SRC: Ratusan penyokong Najib berhimpun di depan mahkamah
Ratusan penyokong bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membanjiri pintu masuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Tragedi solat Jumaat: Keluarga Rahimi berlepas ke Christchurch
Rosdi berkata dia mahu melihat sendiri keadaan Rahimi dan berharap kehadiran mereka dapat memberi semangat kepadanya.
Jadi pengundi bijak, jangan sampai era kegelapan Terengganu berulang - Najib
Rakyat Terengganu perlu menjadi pengundi yang bijak bersandarkan fakta.
Senarai calon BN negeri Terengganu
Berikut adalah senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.
Sultan Mizan perkenan bubar DUN Terengganu hari ini
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilihat memasuki perkarangan Istana Syarqiyyah kira-kira jam 10.17 minit pagi.
Bayar 80 sen, bawa pulang kambing berharga RM800
Idea kreatif itu adalah inisiatif Pengusaha Kendera Saji NARIN, Kamaruddin Mohamad, bagi menghargai pelanggan yang berbelanja di kendera sajinya sepanjang seminggu ekspo itu berlangsung.
Amphicoach bakal beroperasi tidak lama lagi - MB Terengganu
Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ketika ini Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Laut Malaysia sedang membuat penelitian sebelum beroperasi sepenuhnya.
BN Terengganu tidak gentar usaha pembangkang rampas negeri itu
Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang yakin mampu merampas kembali Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) tidak akan menggugat kepercayaan rakyat negeri ini.
'Isu Dana Khas Kerajaan Persekutuan tidak perlu dipolitikkan'
Isu Dana Khas Kerajaan Persekutuan tidak perlu lagi dipolitikkan oleh pihak pembangkang yang hanya mahu menjadi juara di mata rakyat.
Keputusan telaga minyak Bertam milik Terengganu atau Pahang diketahui Januari
Pertikaian antara Terengganu dan Pahang mengenai telaga minyak Bertam hanya akan terjawab Januari ini