Pelakon lelaki ditahan bantu siasatan kes pindah wang penerbit dari akaun mata wang kripto

Asyraf Roslan
Ogos 28, 2019 09:05 MYT
Suspek ditahan bagi membantu siasatan oleh pasukan Unit Cryptocurrency JSJK Bukit Aman bersama BSJK Daerah Ampang Jaya - Gambar hiasan/Pxabay
Seorang pelakon lelaki ditahan kerana dipercayai terlibat dengan satu tuduhan melakukan pemindahan mata wang kripto, Bitcoin.
Mangsa yang merupakan seorang penerbit telah membuat laporan polis selepas mendapati wallet akaun cryptocurrency miliknya telah dipindah keluar dari akaunnya ke satu akaun individu lain tanpa pengetahuannya.
Mangsa mengesyaki suspek telah melakukan pemindahan kerana hanya dia sahaja yang mengetahui kata laluan bagi akaun milik mangsa.
Kerugian yang dialami mangsa dianggarkan sebanyak RM213,805.
Suspek ditahan bagi membantu siasatan oleh pasukan Unit Cryptocurrency JSJK Bukit Aman bersama BSJK Daerah Ampang Jaya.
Siasatan masih lagi berjalan bagi mendapatkan pengesahan mengenai transaksi tersebut.
#Ampang #Ampang Jaya #Bitcoin #Bukit Aman #cryptocurrency #kripto #lelaki #mangsa #pelakon #polis #suspek