MALAYSIA
Pelakon maut kemalangan berhampiran LRT UiTM Shah Alam, keluarga cari rakaman dashcam
Pemergian Parvin amat dirasai lebih-lebih lagi mendiang merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. - Foto Instagram Parvin Nair
KUALA LUMPUR: Keluarga pelakon dan penyanyi, Parvin Nair Surendran yang meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 9.9 Lebuhraya Persekutuan, pada 7 Ogos lalu, merayu pengguna jalan raya yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam) supaya tampil membantu siasatan.
Ringkasan AI
Adik mendiang, S Yesotha berkata, kemalangan berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, itu berlaku antara pukul 8 hingga 9.30 malam, ketika abangnya menunggang motosikal menghala ke Kuala Lumpur.
Parvin, 33, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Yesotha berkata, usaha mengesan rakaman kamera papan pemuka belum berjaya.
"Belum ada mana-mana pihak yang tampil, kami merayu jika ada yang melalui kawasan tersebut pada waktu berkenaan sila semak rakaman dashcam," katanya kepada Astro AWANI, di sini pada Jumaat.
Menurut Yesotha, pemergian Parvin amat dirasai lebih-lebih lagi mendiang merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga itu. Mendiang mempunyai tiga kakak dan seorang adik perempuan.
"Saya baru sahaja berkahwin bulan lepas, kira-kira beberapa minggu yang lalu. Dialah (Parvin) yang menguruskan segala-galanya untuk saya," ujarnya.
Mendiang pernah membintangi drama Kalyanam to Kadhal dan Manmadha Bullets terbitan Astro dan filem Dhanussh.
Populariti Parvin dilihat semakin meningkat selepas membintangi drama tersebut, sekali gus melonjakkan namanya dalam industri hiburan tempatan.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Yesotha di talian 012-2539309 dengan segera.
Ringkasan AI
- Parvin Nair, 33, meninggal dunia dalam kemalangan motosikal di Kilometer 9.9 Lebuhraya Persekutuan berhampiran Stesen LRT UiTM Shah Alam pada malam 7 Ogos, ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.
- Keluarga mendiang merayu orang awam yang melalui kawasan kejadian antara pukul 8 hingga 9.30 malam dan mempunyai rakaman dashcam agar tampil membantu siasatan, kerana tiada rakaman diperoleh setakat ini.
- Parvin yang popular menerusi drama Kalyanam to Kadhal dan Manmadha Bullets baru mendirikan rumah tangga pada Mac lalu dan pemergiannya amat dirasai keluarga, khususnya adiknya Yesotha yang boleh dihubungi di talian 012-2539309 untuk maklumat lanjut.